Semasa

KabarDuka” Kmlangan Motosikal Rempuh kereta Dipandu OKU, Seorang Remaja Maut

KUALA KRAI: Gara-gara motosikal ditunggang merempuh sebuah kereta dipandu lelaki orang kurang upaya (OKU), seorang remaja maut manakala rakannya parah dalam kejadian di Kampung Pemberian, di sini, malam tadi.

Foto: Ihsan PDRM

Penunggang motosikal jenis Yamaha 125Z, Mohamad Akmal Aiman Abdullah, 19, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya, Muhamad Radzhan Madzlin, 15, dirawat di zon merah Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamed, berkata hasil maklumat awal mendapati kereta Proton Wira dipandu lelaki OKU berusia 48 tahun dari Kampung Pemberian dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Perumahan Banjir Manjor.

Ketika pemandu OKU hendak memasuki simpang kanan, dia terdengar dentuman kuat dari arah tepi sebelah kiri keretanya.

“Dia kemudiannya mendapati keretanya itu dilanggar motosikal ditunggang dua remaja yang datang dari arah laluan sebelah kiri.

“Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Suzami berkata, ketika kejadian keadaan di kawasan kemalangan gelap kerana tiada lampu jalan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kereta kerana tidak memberi laluan kepada kenderaan yang bergerak terus sebelum melintasi laluan berkenaan sehingga menyebabkan kemalangan dan kematian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Buletintv3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *