“Kalau boleh berdamailah…” itulah harapan dan komen pelakon Kazar kepada Astro Gempak buat pertama kali berhubung masalah anaknya, Ira Kazar yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah Syamsul Yusof.
RAKAMAN PENUH DARI KAKAK IRA KAZAR ADA DI BAWAH SEKALI
Kazar atau nama lengkapnya Kazaruddin Saisi, 63, diminta mengulas mengenai isu tersebut selepas mendiamkan diri setelah sekian lama.
“Ira pula kami satu keluarga menyokong dan sentiasa berada disisinya,” tambahnya. Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman terhadap Ira yang didakwa mengganggu rumah tangganya sejak empat tahun lepas.
Malah, pelakon itu juga mendapatkan perintah interim injuksi kepada pihak defendan berhenti meluah atau menyebarkan sebarang gangguan dalam media sosial Sehubungan itu, Puteri Sarah juga ada memuatnaik “Story”.
Pada akhir Julai, Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan Syamsul.
Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Ksalahan Jenyah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Terdahulu, pergolakan rumah tangga antara Puteri Sarah dengan Syamsul berlarutan sejak empat tahun lalu selain dia mengesahkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung gara-gara gangguan orang ketiga.
Beberapa ciapan dari akaun Twitter milik kakak kepada isteri kedua pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar iaitu Yasmin Kaza didakwa menyindir Puteri Sarah dan keluarga Datuk Yusof Haslam.
Menerusi satu ciapan, kakak Ira itu didakwa mempersoalkan tindakan Puteri Sarah yang kerap memuatnaik hantaran di Instagram.
“Rosaklah perempuan perempuan yang suka ‘viral’ sana sini acah acah tersakiti dicurangi. Semua nak kongsi pada masyarakat lepas tu lalu di Timeline aku. Bodoh menyampah aku tengok. Engkau orang tak ada Tuhan ke?” ciapnya.
Selain itu, wanita itu turut menyifatkan tindakan Puteri Sarah adalah lucu.
“‘Kinda funny’ bila kau tak suka ‘fake account’ ganggu tapi tak sekat. ‘Kinda hilarious’ bila kau siap ‘pinned’ fitnah dari ‘fake account’. ‘You are damn funny, girl’. Oh and fake too,” tulisnya.
Tindakan kakak Ira itu mula mendapat perhatian dan mula diperkatakan dalam kalangan warganet menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram Puteri Sarah.
“Tengok IG akak dia Yasmin Kaza, ‘if not mistaken’ asyik nak menangkan adik dia ja. Pelik kalau aku jadi kakak, adik buat perangai memang takkan mengaku adik buang jauh-jauh terus,” komen seorang pengguna.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : HM