PELAKON Kamsani Ismail yang pernah popular menerusi drama bersiri Nur dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi penyakit diabetes dan jangkitan kuman pada malam Rabu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 60 tahun.
Amin berkongsi mengenai pemergian bapanya itu menerusi Instagram miliknya.
Terdahulu, arwah dilaporkan pernah menerima rawatan di sebuah klinik swasta di Klebang sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Kamsani meninggalkan seorang balu iaitu Norhayati Yusoff, 53 dan enam orang anak yang berusia 18 hingga 36 tahun.
Sementara itu, jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Klebang, Melaka.
Allahyarham pernah membintangi beberapa drama seperti Nur, Nenek Kebayan dan Shh… I Love You.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Mstar