Semasa

Sebaik Failkan Penceraian, Wajah Puteri Sarah Sebak Beritahu Syamsul Hantar Whatsapp Mengejutkan

KUALA LUMPUR: Barangkali, hati pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana, 37, sudah sekeras kerikil selepas empat tahun berdepan konflik rumah tangga bersama suami yang juga pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, 38.

Sebaik Failkan Penceraian, Wajah Puteri Sarah Sebak Beritahu Syamsul Hantar Whatsapp Mengejutkan

Sukar meluahkan apa yang terbuku di hati, namun keadaan memaksa Puteri Sarah lantang bersuara, apatah lagi, masih bergelar isteri kepada pengarah filem epik, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.

SYAMSUL AJAK BERJUMPAA

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, mengaku suami, Syamsul Yusof menghubungi dan mengajak berbincang mengenai tuntutan cerai, semalam.

Bagaimanapun, Puteri Sarah berkata, perbincangan belum dapat dilakukan berikutan masing-masing sibuk dengan jadual penggambaran. “Syamsul ada hantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp untuk ajak berjumpa dan berbincang. Tetapi, saya tidak jawab.

Sebaik Failkan Penceraian, Wajah Puteri Sarah Sebak Beritahu Syamsul Hantar Whatsapp Mengejutkan

Puteri Sarah mengaku suaminya ada menghubungi dan mengajak untuk berbincang mengenai tuntutan perceraian yang difailkannya di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pagi tadi. Foto NSTP Aswadi Alias

“Tunggulah, mungkin (jawab) selepas ini. Sebelum ke sini (Mahkamah Syariah Kuala Lumpur), Syamsul beri kata-kata terakhir, tetapi saya tak boleh kongsi,” katanya sejurus menyudahkan prosiding memfailkan perceraian terhadap Syamsul di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Puteri Sarah hadir ditemani dua adiknya, Puteri Sofia Nadira dan Megat Imran Ikram serta peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Khamis lalu, Syamsul dilaporkan sudah nyahsekat nombor telefon Puteri Sarah, baru-baru ini

Puteri Sarah dilaporkan berkata, nyahsekat itu dilakukan selepas suaminya memuat naik video dalam Instagram (IG) menjawab dakwaan bahawa panggilannya disekat pengarah kontroversi itu, sejak setahun lalu.

Ditanya apakah sudah bersedia berdepan proses panjang tuntutan cerai, Puteri Sarah enggan memikirkan perkara itu.

Sebaliknya, katanya, dia lega urusan tuntutan cerai lancar. “Saya tidak kisah jika kes ini berlarutan. Namun, apa yang penting, saya lega kerana sudah memfailkan tuntutan perceraian.

“Apa yang penting, kita mulakan langkah pertama ini (memfailkan perceraian). “Saya mahu mengerjakan Umrah pada 26 Januari ini, jadi saya tidak mahu ada masalah yang tidak selesai.

Sebaik Failkan Penceraian, Wajah Puteri Sarah Sebak Beritahu Syamsul Hantar Whatsapp Mengejutkan

“Segala-galanya sudah terjawab. Saya mahu pulang dari Umrah dan memulakan kehidupan baharu bersama anak-anak,” ujar Puteri Sarah.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : FB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *