Semasa

KabarDuka’ Hanya Sempat Ucapkan Selamat Hari Lahir Terakhir Buat Ibu Seblum Pergi Selamnya.

REMAJA yang ditemui lemas dalam kejadian di Tasik Tiga Beradik, Seri Alam, Pasir Gudang, pagi tadi, sempat menzahirkan ucapan selamat hari lahir buat ibunya, malam tadi.

Mohd Aidil Haiziryn Zulkarnain, 15, yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu turut dilihat mengucup pipi ibunya, Norhaliza Hussin yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke – 43.

Menurut Zulkarnain, arwah ada memintanya hantar ke lokasi terbabit, namun dia tidak dapat berbuat demikian kerana mempunyai urusan lain.

“Saya tahu dia mahu ke sana sebab dia ada beritahu dan minta saya hantarkan. Tetapi, sebab saya ada urusan lain, jadi dia menumpang kereta bapa rakannya. Saya tidak sangka pula ini yang terjadi,” katanya.

Katanya, anaknya tidak pandai berenang, namun memang gemar melakukan aktiviti mendaki dan kerap ke kawasan terbabit bersama rakan-rakannya.

Katanya, arwah anaknya itu seorang yang peramah, pemalu dan menghormati orang tua.

Jenazah Allahyarham Mohd Aidil Haiziryn akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Cahaya Masai, esok selepas selesai bedah siasat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Remaja lemas mandi di Tasik Tiga Beradik

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun lemas ketika mandi bersama lima rakan di Tasik Tiga Beradik, dekat Seri Alam, di sini, pagi tadi.

Kejadian ketika enam remaja yang juga rakan sekolah, termasuk dua perempuan itu melakukan aktiviti mendaki di kawasan berkenaan sebelum memutuskan untuk mandi di tasik terbabit.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Mohd Rizal Buang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.57 pagi mengenai dua remaja yang dikatakan lemas.

Katanya, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya dan 11 anggota BBP Pasir Gudang digerakkan ke lokasi kejadian diketuai Komander Operasi Saifulbahri Safar.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, sebelum ketibaan pihak bomba, seorang daripada mangsa sudah diselamatkan orang awam dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini untuk rawatan lanjut.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian menjalankan operasi mencari mangsa kedua dan menemuinya sedalam tiga meter dan sejauh tujuh meter dari tebing.

“Mangsa kemudian dibawa naik dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada jam 12.14 tengah hari.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *