Semasa

Hairan Anwar Lantik Zahid TPM, Ini Kata2 Padu Tun M Buat Mereka Mula Tak Senang Duduk

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berpegang kepada konsep ‘rule of law’ kerana melantik seseorang yang mempunyai kes mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Bahkan beliau turut melahirkan rasa janggal beliau apabila Anwar melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai TPM.

Ini kerana, langkah itu tidak memungkinkan usaha kerajaan untuk membersihkan negara daripada gelaja rasuah dan kleptokrat.

“Tetapi kalau dia dihadapkan dengan satu-satu kes itu sudah menunjukkan dia (Ahmad Zahid) tidak layak jadi pemimpin,” katanya lagi.

Mahathir berkata demikan ketika diminta mengulas mengenai penubuhan Kerajaan Perpaduan antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dan beberapa Ahli Parlimen lain.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap kepada media selepas hadir pada majlis sambutan ulang tahun ke-40 dasar Pandang Ke Timur di Pullman KLCC, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 07 DISEMBER 2022

Terdahulu beliau melancarkan buku 40 tahun Dasar Pandang ke Timur di ibu negara hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan bersara, Mahathir cuma berkata; Saya nak bersara daripada politik tapi kamu soal saya mengenai politik jadi saya kena jawab,” jawab Mahathir.

Pada PRU15 lalu, GTA yang bertanding menggunakan logo Pejuang, gagal mendapat sebarang kerusi di 125 kawasan yang ditandingi.

Mahathir turut gagal mempertahankan kerusi Langkawi apabila kalah teruk di tangan calon Perikatan Nasional (PN) yang mendapat majoriti 13,518 undi sehingga hilang wang deposit apabila hanya meraih 4,566 undi.

Anaknya, yang juga Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz serta calon GTA lain turut kalah teruk.

ANWAR PERTAHANKAN KEPUTUSAN MELANTIK ZAHID SEBAGAI TPM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusannya melantik Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai salah seorang timbalannya.

Beliau berkata, Ahmad Zahid masih berdepan pendakwaan di mahkamah dan hukuman belum dijatuhkan terhadapnya.

Anwar menambah, proses melibatkan Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu harus dihormati oleh semua pihak.

“Itu adalah hak mereka untuk pertikaikan tetapi alasan yang pertikaikan itu siapa dan alasan apa,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Ketika ini, Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dana milik Yayasan Akalbudi.

Ahli Parlimen Tambun itu turut menempelak pihak tertentu yang melaungkan tentang isu rasuah sedangkan mereka juga dikatakan ‘tidak bersih’.

“Dia tidak boleh jerit rasuah tetapi dia ambil projek ratusan juta. Tidak boleh.

“Sebab itu saya bila dicabar dulu semasa kempen, sama-sama kita isytihar, saya sanggup isytihar harta dalam dan luar negeri.

“Saya nak juga ketua-ketua Perikatan Nasional (PN) isytihar harta di dalam negara dan di Australia dan beberapa negara lain, tidak ada jawapan,” jelasnya.

Sementara itu, Anwar memberi tempoh sebulan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk menangani isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63).

Beliau memberitahu, antara perkara yang dibangkitkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg adalah mengenai peraturan-peraturan sedia ada yang menyulitkan pelaksanaan di peringkat negeri ekoran proses kelulusan yang melibatkan banyak jabatan dan kementerian.

“Hal ini saya percaya akan dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri untuk kita dapat laksanakan segera kerana kita tidak mahu perkara ini berlanjutan sebab itu saya beri tempoh dalam satu bulan ada kemajuan yang ketara dalam menangani hal tersebut,” katanya.

Perdana Menteri turut mengarahkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi untuk menyelaraskan usaha menangani kesenjangan pembangunan kawasan luar bandar bersama Ahmad Zahid (Semenanjung) dan Fadillah (Sabah dan Sarawak).

Anwar juga mengumumkan pelantikan Ahmad Zahid sebagai Pengerusi Jawatankuasa Menangani Bencana Kebangsaan serta meminta beliau mengambil langkah-langkah segera untuk memantau dan membuat persiapan menghadapi musim banjir.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *