Semasa

Dah Tahu Miskin Beranak Setiap Tahun Kenapa”- Kata-kata Hinaaa Seorang Cikgu dan Rakan Sekelas

Dalam perkongsian IIUM Confessions, seorang lelaki bernama Sam telah menceritakan jerih perit kehidupannya menjadi anak petani yang sering dihina oleh guru dan rakan sekelasnya kerana mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang berduit dan mampu memiliki apa yang kita inginkan apabila kita minta. Bagi sesetengah individu, rezeki tidak datang bergolek tanpa usaha yang keras.

Jadi, 11 oranglah kiranya yang duduk serumah. Termasuk ibu ayah aku, kami duduk 13 orang serumah. Rumah kami rumah kayu. Duduk kat kampung yang rata-ratanya adalah keluarga terdekat kami.”

Nama aku Sam dan semestinya ia bukan nama sebenar. Asal dari negeri Pok Jib. Lelaki dan sekarang kerja kerajaan. Aku cuma nak meluah pasal adik beradik aku yang seramai 14 orang. Kakak, abang dan adik aku meninggal masa kecil. Aku anak kelima (selepas tolak abang dan kakak yang dah tak ada).

Ibu bapa mereka kebanyakannya guru, pilot, miliki bisnes sendiri dan anak-anak datuk datin. Sam terkedu, adakah dia seorang saja anak petani di sini? Dia masuk sekolah itupun kerana cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

Kemuncaknya apbila rakan kelas aku seorang ni buat pembentangan beliau. Ayah pilot. Mak guru. Ayat beliau yang aku takkan lupa:

Malaysia makin mundur disebabkan lambakan penduduk yang miskin tapi subur membiak. Dah tahu hidup miskin, beranak setiap tahun tu kenapa?

Aku pernah berjanji akan buktikan anak petani yang miskin itu akan berjaya. Dan sekarang, aku berjaya. Rumah kami telah berpindah ke tempat lain. Negeri lain. Jauh menyeberangi Laut China Selatan. Aku dan keluarga ingin mulakan hidup baru,” kata Sam lagi.

Sementara ayahnya kini bukan lagi seorang petani namun seorang nelayan pula. Walaupun Sam sudah mampu menyara kehidupan mereka, ayahnya berkeras mahu bekerja. Lelaki tua itu juga kini sudah memiliki kereta pacuan empat roda hasil duit jerih payahnya.

Anak petani itu berjaya. Kepada cikgu, sekiranya cikgu membaca confession ini, saya tidak mengambil hati perbuatan cikgu. Kawan sekelasku, anak pilot. Jangan merasa bersalah denganku lagi. Aku bersyukur dipertemukan dengan kalian. Hari itu menjadi titik tolak keazaman aku belajar lebih keras sehingga berjaya,” kata Sam di akhir entri.

Sesungguhnya janganlah memandang rendah akan kesusahan yang dialami orang lain. Beri semangat dan bantu mereka untuk terus berjaya dalam hidup.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : rentasasia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *