Semasa

“Satu Lahad Dua Beradik” Azualina Dirempuh Pemandu Mabuk Bersama Adiknya Azman. Salam takziah buat keluarga

Sitiawan : Jen4zah dua beradik m4ngsa kemalangan di Jalan Pekan Gurney semalam selamat dikebumikan di Beruas malam tadi diuruskan oleh Pak Njang Mak Njang serta Tuan Saiful Yusra dari Van Jenazah Percuma Persendirian Ipoh.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

“Assalamualaikum sy kakak kepada Siti Norazualina binti Faizal dan Mohd Azman bin Faizal. Ingin memaklumkan bahawa mereka telah terlibat dgn kemalangan jalan raya 12.30am 29/12/2022 sewaktu pulang ke rumah dari tempat kerja. Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali, Allah lebih sygkan mereka.

Mereka telah kembali ke rahmatullah.. Azman meninggal ditempat kejadian 1.09am manakala azua di hospital 3.25am.. Kedua2 jenazah telah selamat dikebumikan di kampung bakar bata ayer tawar, perak. Sy mewakili arwah ingin memohon maaf sekiranya arwah ada terkasar bahasa dan menyakitkan awak semua.. maafkan segala salah silap. Halalkan segala mkn minum.. sekiranya ada diantara arwah yg meminjam/berhutang dgan awak semua, boleh tuntut contact kak faz 0183157717.. Tlg doakan yg baik2 buat arwah..” – Kakak

Laporan awal BH melaporkan seorang penunggang motosikal m4ut, manakala dua lagi p4rah dalam kem4langan di Jalan Pekan Gurney, dekat sini, tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Azizi Zakaria, berkata sebuah kereta dipandu seorang lelaki bertembung dengan motosikal ditunggangi dua beradik.

Menurut Mohd Azizi, akibat perlanggaran itu, Mohammad Azman Faizal, 20, yang menunggang motosikal m4ut di tempat kejadian, manakala kakaknya, Siti Norazualina Faizal, 26, parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Berdasarkan maklumat dari saksi kejadian, kereta masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal.

Pemandu kereta yang berumur 33 tahun itu dikeluarkan oleh orang awam dan turut parah,kata Mohd Azizi ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd Azizi, kedua-dua m4ngsa yang parah diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Seri Manjung, manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, pihak BBP Sitiawan menerima panggilan kecemasan jam 12.35 tengah malam. Operasi menyelamat ditamatkan jam 1.47 pagi.

Mereka berdua merupakan anak Timbalan Peguasa Penjara PPA Batu Gajah Tuan Faizal moga dia dan isteri tabah kehilangan dua anak tersayang serentak.

Luluh hati ibu yang uzur apabila kehilangan dua anak yang banyak menjaganya serentak akibat kecuaian orang lain memandu.Al fatihah.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber Media Tular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *