Semasa

“Minta Maaf Atau Tidak Saya Akan..” DSAI meminta Abah untuk memohon maaf. Sekali ini rupanya yang berlaku

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis tuntutan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin agar Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu memohon maaf tanpa syarat berhubung video berbaur fitnah yang mendakwa beliau menerima bayaran RM15 juta sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Tetuan SN Nair & Partners, yang mewakili Anwar, 75, menghantar notis tuntutan itu hari ini.

Notis tuntutan itu mendakwa pada 5 Disember lalu, Muhyiddin mengungkap atau menyebabkan penerbitan video tersebut yang telah mendapat

tontonan lebih 1,100,000 kali, lebih 6,061 komen, melebihi 21,400 butang ‘like’, lebih 1,360 kali butang ‘favourite’ dan 2,169 kali perkongsian setakat tarikh notis berkenaan.

Peguam itu berkata, video tersebut dibuat dengan niat jahat terhadap anak guamnya, tidak benar dan terdapat penyelewengan fakta yang menunjukkan ketidakwajaran moral serta

undang-undang selain untuk mencari publisiti murahan bagi tujuan politik serta manfaat proses pemilihan dalam usaha memenangi undi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 bagi Parlimen Padang Serai.

Nair berkata, video dan kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud Anwar telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ahli Parlimen, licik dan menggunakan taktik kotor selain tidak beretika serta mengkhianati mandat rakyat.

Katanya melalui kenyataan media hari ini menerusi akaun Facebook beliau atas nama ‘Juwairiya Zulkifli’ dan ia dipetik dalam artikel Free Malaysia Today bertajuk Anwar hanya terima RM1 jadi penasihat ekonomi Selangor.

Nair ketika dihubungi mengesahkan telah menghantar notis tuntutan itu kepada Muhyiddin melalui serahan tangan.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *