Dugaan setiap insan itu pelbagai. Ada yang sudah diuji sedari kecil lagi sehingga mereka membesar menjadi seorang yng kuat dan tabah dalam meneruskan kehidupan.Tapi, ketika melalui saat duka seperti kematian insan tersayang, impak kesedihannya pasti berbekas dalam diri kanak-kanak.
Hal ini dikongsikan oleh Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) apabila mengendali dan menguruskan jenazah seorang ibu yang meninggalkan anak-anak yang masih kecil.
Tidur Selepas Ibu ‘TERTIDUR’ Selamanya
Pengerusi Eksekutif SPJM itu akui sebak mendengar cerita kanak-kanak berusia 8 tahun itu dan segera menggerakkan 15 petugasnya dan beberapa orang jiran yang baik hati untuk membantu menguruskan jenazah.
Bekas Suami Menangis Sambil Ucap Terima Kasih
Bekas suami turut hadir membantu namun memaklumkan tidak mampu untuk membayar apa-apa kerana beberapa hari lepas 2 saudaranya turut meninggal dunia, Simpanannya juga sudah habis untuk membayar pengurusan jenazah.
Urusan Pengebumian Berjalan Dengan Lancar
Pihak SPJM segera memujuk kegusaran itu dengan mengatakan tiada sebarang bayaran kerana segala kos akan ditanggung. Jelas terpancar rasa lega diwajah bekas suami allahyarham dan tak henti-henti mengucapkan terima kasih.
Jenazah juga telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Innalillahiwainailahirajiun…
Sehubungan dengan itu, ramai yang meninggalkan komen dengan berasa sebak melihat situasi tersebut. Mereka juga mendoakan agar kanak-kanak itu serta seluruh ahli keluarga allahyarham dapat bertabah menerima ketentuan daripada Allah S.W.T.
Disampingi itu, ribuan terima kasih diucapkan kepada SPJM apabila bergegas menghulurkan bantuan menyempurnakan proses pengebumian kepada mereka yang memerlukan dan hal tersebut sudah tentu mendapat pujian dari semua.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Facebook Muhammad Rafieuddin Zainal Rasid/Cara Mohon