Tiga hari lalu, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menggesa Muhyiddin dan sekutunya berhenti meroyan dan belajar menjadi pembangkang berwibawa.
BACA ULASAN ZAHID DI BAWAH SEKALI
“Muhyiddin dan sekutunya perlu berasa malu dilihat terlalu gilakan kuasa hingga sanggup mempertikaikan keputusan institusi Raja-Raja Melayu dan perlu mencontohi parti DAP yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan parti dan individu.
“Jangan takut. Tok Mat dan Zambry bersama saya, antara tujuh individu yang bertemu dengan pemimpin DAP sebelum Kerajaan Perpaduan dibentuk.
“Soalan pertama saya (pada DAP) sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO adalah, apa pendirian mengenai Islam jika kita setuju bekerjasama dengan DAP? Bagaimana dengan kedudukan Bahasa Melayu? Apa pandangan DAP terhadap institusi Raja? Ini semua soalan yang saya tanya pada mereka.
“Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, jawab bahawa pimpinan baharu DAP akan patuh dan setuju dengan segala yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk empat perkara ini. Apa lagi soalan nak dibangkitkan?” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro, 6 Disember 2022.
Presiden UMNO itu juga memberi jaminan kepada ahli dan akar umbi UMNO bahawa tiada apa yang perlu dibimbangkan dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan kerana beliau tidak akan menjual UMNO dan BN.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: MalaysiaKini, Harian Metro