Semasa

Tunjuk Dapat IC Negara Luar, Baby Shima kena bahan! Gelar Netizen Mulut Puaaka, Sampai Offer Kerja Cuci Jamban

NAMA penyanyi Baby Shima tidak pernah sepi dengan pelbagai kontroversi sehinggakan dia sering menjadi sasaran makian netizen di laman sosial yang tidak berpuas hati dengannya.

Terbaharu, Shima sekali lagi menjadi bahan netizen apabila dia mendedahkan mempunyai kad pengenalan (KTP) Indonesia ketika membuat kemunculan menerusi program Pagi Pagi Ambyar di saluran Trans TV di Indonesia baru-baru ini.

Shima atau Nor Ashima Ramli, 30, menunjukkan kad KPT tersebut selepas hos program berkenaan bertanya sama ada dia mahu menjadi rakyat negara itu sambil memberitahu dia kini memang sudah menjadi warganegara Indonesia.

“Ya, Shima sudah jadi orang Indonesia. Shima punya kad pengenalan,” katanya sambil menunjukkan kad berkenaan.

Shima bersama selebriti Indonesia, Atta Halilintar.

“Saya pernah terfikir untuk berhijrah ke Indonesia… tapi bila fikirkan semula, bagaimana ya? Susah tak?

“Di Malaysia sahaja sering disakiti, apa lagi di Indonesia. Jadi, saya sudah terbiasa dan tak kisah,” ujarnya.

Kenyataan Shima yang dimuat naik di instastory.

Sementara itu, di Instastory miliknya, penyanyi lagu Roadblock Hatiku ini turut menjawab soalan pengikut yang ingin tahu bagaimana dia boleh tahan menerima makian netizen setiap hari.

Menjawab dengan nada sarkastik, Shima menganggap golongan itu sebagai tidak mempunyai pekerjaan kerana sering bercakap buruk tentang dia.

Malah dia turut menawarkan pekerjaan mencuci jamban kepada golongan tersebut agar tidak membuang masa mengutuk orang lain.

“korang kena faham, si pemaki tu seorang penganggur sebab tu dia selalu ada dan maki orang. Orang menganggur kan selalu marah-marah. Kesian. Nak kerja dengan Shima tak? Cuci jamban,” tulisnya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

kredit : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *