Semasa

Berdepan Hkmn Pnjara 20 Tahun, Siti Bainun bgi alasan ada ‘operation’ tngguh prosiding, sekali ini jwpn diberi pihak mhkamah

Sekitar 2 minggu lalu, Siti Bainun diarahkan membela diri terhadap 2 pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down bernama Bella di rumah kebajikannya. Justeru, dirinya dan 4 lagi saksi pembelaan dipanggil untuk beri keterangan bermula hari ini hingga 9 Disember nanti.

Peguam Mohon Prosiding Ditangguhkan Kerana Bainun Perlu Jalani 2 Operation Bulan Ini.

‘Pihak responden (pendakwaan) sudah menjawab dan kami bergantung kepada afidavit jawapan untuk bantah penangguhan berkenaan yang bersifat remeh, mengaibkan, menyusahkan serta bertujuan melengah-lengahkan perbicaraan kes,”

Permohonan ditolak…didapati ada penyalahgunaan proses mahkamah.

Susulan itu, Hakim menolak permohonan tersebut selepas mendapatinya sebagai salah satu penyalahgunaan proses mahkamah. Selain meminta dokumen dan penjelasan lanjut daripada peguam, semakan notis usul pula akan didengar Khamis ini tanpa kehadiran Siti Bainun.

“Kesimpulannya saya dapati tiada keadaan khas atau istimewa dalam kes ini dan tindakan permohonan bagi penggantungan prosiding di
mahkamah ini bagi kes ini adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.

“Oleh demikian permohonan pemohon (Siti Bainun) adalah dengan ini ditolak.”

“Saya memerlukan penjelasan untuk menggunakan budi bicara untuk penangguhan.

“Tiada dokumen dan sijil cuti sakit (MC) tetapi ada pengesahan surat masuk wad akibat masalah kesihatan. Selanjutnya saya memerlukan dokumen
dan penjelasan lanjut daripada peguam, maka prosiding berkaitan itu bersambung jam 2.30 petang ini.”

Untuk rekod perbicaraan kes itu bermula 30 Mac lalu (2022) dan antara saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah mangsa iaitu Bella, pakar psikiatri Dr. Wan Asyikin Wan Azlan, pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin, pakar bedah plastik, Dr. Salmi Mohamed Shukur.

Selain itu ialah bekas penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood, 19, yang merupakan saksi pendakwaan kelima. Siti Bainun menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : harianmetro, kisahdunia, buletin3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *