Semasa

“Jangan Cabar Saya..” Anwar ingatkan Muhyiddin lsu dakwaan seleweng dana RM600 bilion. Sekali DSAI dedah sesuatu yang mengejutkan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya tidak mencabar beliau dalam isu membabitkan dakwaan penyelewengan peruntukan RM600 bilion oleh pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Semalam, Anwar ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet berkata, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan terdapat pelanggaran serius prosedur berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran kerajaan diterajui Muhyiddin.

Perdana Menteri berkata beliau sudah menyerahkan perkara itu untuk disiasat jabatan berkaitan bagaimanapun memaklumkan belum ada perbincangan di peringkat Kabinet sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) akan ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.

Sebelum ini ramai mendesak supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat perbelanjaan Rm600 bilion ketika pandemik itu, selain laporan polis dibuat untuk menuntut siasatan diadakan.

Anwar dalam pada itu berkata, biarpun pemimpin PN menguar-uarkan pentadbiran itu bersih, ia sebenarnya tidak bersih sama sekali.

“Kontroversi dibahaskan sekarang mengenai RM600 bilion semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sewaktu darurat dulu.

“Di Parlimen saya pernah sebut bahawa kenyataan itu sengaja mengelirukan, seolah-olah kerajaan ketika itu memberi wang begitu banyak kepada rakyat RM600 bilion.

“Sejumlah besar adalah wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), wang rakyat sendiri,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu sudah pun diulas beliau dua tahun lalu di Parlimen kerana ia seolah-oleh usaha untuk mengelirukan rakyat.

Ketika ini, katanya pemimpin PN mengakui bahawa sebahagiannya membabitkan wang KWSP dan juga wang bank melalui keputusan moratorium, namun peruntukan lain berjumlah puluhan bilion ringgit menunjukkan berlaku pelanggaran peraturan sedia ada.

Sementara itu, Anwar turut mengingatkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk tidak bersikap gopoh ketika mengeluarkan kenyataan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Beliau berkata, kenyataan dibuat oleh Takiyuddin itu disifatkan kerana pemimpin PAS itu tidak membaca fakta yang ada.

“RM600 bilion itu peruntukan sepenuhnya, tetapi kita akan teliti di mana ada pelanggaran peraturan dan ketirisan.

“Saya nak nasihatkan Takiyuddin jangan gopoh kerana saya di Kementerian Kewangan. Fail ada pada saya,” katanya

Anwar mengulas kenyataan Takiyuddin tengah malam tadi yang kesal dengan tuduhan berunsur fitnah dikeluarkan Perdana Menteri semalam, yang membayangkan kononnya dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber  – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *