Pemungut Tin Ini Hanya Mampu Tidur Jika Terasa Lapar
Setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Ada yang diuji dengan kekayaan, ada juga yang diuji dengan kemiskinan.
RAKAMAN VIDEO KLICK DI BAWAH SEKALI
Seperti satu kisah yang dikongsikan oleh seorang youtuber iaitu Vitaminbae mengenai seorang bapa yang diuji dengan kemiskinan sehingga membuat ramai penonton kisahnya mengalirkan air mata.
Lokasi kejadian : Tawau, Sabah
Dikala orang yang lebih beruntung cukup makannya, selesa tempat tinggalnya, berbeza pula dengan pakcik ini yang hanya mengharapkan hasil jualan dari kutipan tin yang kadang ada kadang tiada untuk mengisi perutnya bersama 2 lagi anak yang menunggu dengan harapan di rumah.
Perkongsian daripada Vitaminbae :
Sebelum menjadi pemungut tin, pakcik dahulunya bekerja sebagai tukang kayu di kawasan berdekatan. Atas faktor kesihatan, dia terpaksa berhenti kerja.
Pemungut tin ini berjalan kaki selama lebih kurang 11 kilometer setiap hari…
Di tanya tentang makan sehari-harinya, pakcik memberitahu bahawa kadang-kadang mereka hanya mengisi perut dengan mee segera sahaja. Kadang kala, dia hanya mengharapkan ihsan daripada makciknya sahaja untuk mengisi perut.
Lebih menyayat hati apabila, ketika Mr.Bie terserempak dengan pakcik pada hari itu, rupa-rupanya sudah 4 hari dia tidak menjamah makanan.
“Jika terasa lapar, saya akan tidur untuk hilangkan rasa lapar..” katanya.
“Jika terasa lapar, saya akan tidur untuk hilangkan rasa lapar..”
Allah! Menangis hati mendengarnya..
Ampunkan kami Ya Allah.. Ketika kami sedang menjamah makanan, rupanya ada saudara kami yang tidur dalam keadaan kelaparan.
Berilah kami kesempatan dan peluang untuk membantu insan-insan yang memerlukan seperti pakcik ini Ya Allah…Sungguh kami berdosa jika membiarkan mereka. Namun jika mereka terlindung daripada penglihatan dan pengetahuan kami Ya Allah, maka hantarlah hambamu yang lain untuk membantu mereka..
Semoga ada sinar buat insan-insan ini.. Aamiin
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Video: 4 Hari Tidak Makan, Pemungut Tin Hanya Tidur Untuk Hilangkan Lapar
Sumber : Vitaminbae