Semasa

Dilantik Sebagai Menteri Agama Yang Baru, Ramai Gembira Dan Setuju. Rupanya Bukan Calang² Orang

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof masing-masing dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Senarai Penuh Kabinet Datuk Sri Anwar Ibrahim, Terkejut Nama ‘Dia’ Ada JugaSenarai Penuh Kabinet Datuk Sri Anwar Ibrahim, Terkejut Nama ‘Dia’ Ada JugaSenarai Penuh Kabinet Datuk Sri Anwar Ibrahim, Terkejut Nama ‘Dia’ Ada JugaSenarai Penuh Kabinet Datuk Sri Anwar Ibrahim, Terkejut Nama ‘Dia’ Ada JugaSenarai Penuh Kabinet Datuk Sri Anwar Ibrahim, Terkejut Nama ‘Dia’ Ada Juga

Anwar juga memaklumkan Ahmad Zahid dilantik sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah manakala Fadilah pula sebagai Menteri Komoditi.

Sebelum ini, sewaktu sidang media pertama sebagai Perdana Menteri, Anwar memaklumkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri kerajaan perpaduan masing-masing akan diisi wakil BN dan GPS selaku parti terbesar selepas PH.

Setakat ini, kerajaan perpaduan disertai PH yang mempunyai 82 kerusi dan diikuti BN (30), GPS (23), dan Gabungan Rakyat Sabah (enam) serta disokongan parti-parti lain sekali gus kekuatan kini hampir mencecah dua pertiga ahli Parlimen.

KBS kembali diterajui menteri wanita

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dipilih sebagai Menteri Belia dan Sukan di bawah Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Pemilihan Hannah yang sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menerajui kementerian terbabit mengulangi rekod menteri wanita sebelum ini iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said, yang juga Ahli Parlimen Pengerang.

Azalina pula dinamakan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) di bawah Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Sebelum menjadi Ahli Parlimen, Hannah juga pernah menjawat jawatan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Menteri Agama Terbaru :

PETALING JAYA – Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dilantik sebagai Menteri Agama.

Pelantikan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar di Putrajaya, hari ini.

Mohd. Na’im, 55, yang juga merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia antara muka baharu yang dilantik di dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *