Semasa

“Saya Gembira Dpt Bantu Mak” Adik Ini Tidak Rasa Malu Buat Persembahan Maskot utk Bantu Ibu

Kebanyakan kita melalui zaman kanak-kanak yang gembira dan bahagia. Ini bermaksud, majoriti kita tidak perlu menggalas tanggungjawab tambahan selain kerja sekolah dan bermain. Sebab itu kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada dan nikmati.

RAKAMAN VIDEO MENYEDIHKAN ADA DI BAWAH SEKALI

Seorang pengguna Instagram Indonesia yang dikenali sebagai Rahmadi, memuat naik video kanak-kanak kecil ini yang memakai maskot sedang berehat di tepi kaki lima. Rupa-rupanya dia berpakaian sedemikian untuk membantu ibunya mencari wang.

Sementara itu, urusan kostum dan kepala patung yang dipakai, Rehan mengaku dia selalu menggantikan kostumnya setiap hari. Pihak yang menyediakan kostum juga memberi beberapa pilihan kepadanya seperti watak-watak karun Dora the Explorer, Upin dan Ipin, Boboiboy hinggalah ke Spongebob Squarepants.

“Kepala dan bajunya saya sewa. Saya tidak tahu berapa kos sewaannya kerana ibu yang membayarnya,” kata Rehan sambil mengesat peluh yang menitis di kelopak matanya.

Setiap hari, Rehan keluar awal dari rumah. Bahkan sebelum matahari bersinar lagi. Selain melakukan persembahan pada pengguna jalan raya yang tersekat di lalu lintas, dia adakalanya mahu meluangkan waktu petangnya untuk bermain bola sepak di rumah.

“Selepas solat Isyak, saya biasanya terus pulang ke rumah bersama ibu,” katanya.

Ketika ditanya, apakah dia dan ibunya selesa dengan pekerjaan mereka lakukan itu, Rehan menjawab dia amat gembira dapat membantu memberi wang tambahan kepada ibunya.

Namun Rehat tidak menafikan yang adakalanya dia terasa letih kerana perlu berjalan kaki 10 kilometer dari rumahnya.

Kisah anak kecil itu mengundang rasa sebak netizen sehingga ada yang menitis air mata melihat kesusahannya. Ada yang mahu membuatkan tabung dana khas untuk dua beranak ini agar kehidupan mereka menjadi lebih baik selepas ini.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

TONTON VIDEO:

Sumber: Rahmadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *