Kenangan menunaikan ibadah umrah seorang wanita bersama ibu bapanya di Tanah Suci Mekah menjadi satu peristiwa yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh seisi keluarga selepas ibu kepada wanita berkenaan meninggal dunia selepas sepuluh hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU).
RAKAMAN VIDEO MENYAYAT HATI ADA DI BAWAH SEKALI
Kesedihan itu tidak terhenti di situ sahaja apabila wanita berkenaan dan bapanya dikejutkan dengan berita ibunya terpaksa ditidurkan selepas doktor mengesahkan beberapa organ penting dalam badannya tidak boleh berfungsi dengan baik.
Selepas 10 hari bertarung nyawa di ICU, pegawai dari ejen umrah yang membantu urusan pemantauan keadaannya di hospital memaklumkan kepada ahli keluarga bahawa ibunya telah menghembuskan nafas terakhir.
Malah, pengurusan jenazah juga diselesaikan di Tanah Suci Mekah dan arwah turut disolatkan di Masjidil Haram bersama jenazah jemaah umrah yang lain dan dikebumikan di As Sharaya Mekah.
Perkongsian wanita itu mengundang rasa sedih warganet kerana rata-rata tidak menyangka permulaan video yang memaparkan keterujaan dan kegembiraan mereka bertukar sesuatu kenangan yang sukar untuk dilupakan.
Tak kurang juga yang mengatakan bahawa pemergiaan ibu kepada wanita tersebut merupakan sesuatu yang dicemburui oleh orang ramai kerana meninggal sebaik saja selesai menunaikan umrah dan berada di Tanah Suci Mekah.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Pagi pagi dah menangis tengok video ni. pic.twitter.com/6zUvOsEVYW
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) November 30, 2022
Sumber: Twitter