Semasa

“Dia Mungkin Tidak Mengerti..” lbu Bapa Sudah MninggaI Dunia Tetap Disangka Pergi Kerja

KOTA TINGGI – Sayu melihat keadaan seorang kanak-kanak perempuan apabila dia masih belum memahami bahawa ibu ba­panya telah meninggal dunia sejak sebulan lalu dan hanya menganggap mereka pergi kerja.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

“Kami cuba jelaskan kepada­nya tetapi dia masih budak lagi dan mungkin tidak mengerti apa yang terjadi kepada ibu bapanya.

“Dia hanya sebut ibu dan ayah work sedangkan kedua mereka telah menghadap Ilahi. Kami juga dapat lihat kesayuan di sebalik wajahnya bila melihat sepupu­nya yang lain bermanja dengan ibu bapa masing-masing,” katanya.

Keluarga itu ditemui ketika menerima kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menyerahkan sumbangan.

Hadir sama ialah wakil Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang menyerahkan sumbangan kepada waris Mohd Izwan selaku alumni.

Pasangan itu maut apabila kereta Perodua Alza yang mereka naiki bertembung dengan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux. Ketika itu Aulia Izzatunniza turut berada dalam kereta, namun hanya cedera.

Ujar Absah, ketika ini cucunya itu tinggal bersamanya dan me­nganggap ia adalah amanah yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang.

Tambahnya, dalam kejadian itu kaki kanan cucunya retak dan perlu disimen, namun kini beransur baik.

“Allah lindungi Aulia kerana ketika kejadian dia berada di pangkuan ibunya. Dia dirawat selama tiga hari di hospital sebelum dibenarkan balik.

“Awalnya memang dia tidak boleh berjalan sendiri kerana kakinya yang bersimen dan perlu dibantu. Doktor sarankan begitu agar membantu proses penyembuhannya,” katanya.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *