Semasa

“Duduk Rumah Jela Belajar Masak..” Isu dicekik Fezrul, sekali lqram Dinzly sound Reen Rahim. Rupanya ini yg berlaku

PELAKON sensasi Iqram Dinzly dalam nada sinis meminta aktres Reen Rahim untuk duduk di rumah dan belajar memasak sekiranya tidak dengan cabaran dalam dalam dunia seni.

Iqram berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Iqram berkata, dia yakin Fezrul telah menggunakan teknik yang betul dalam lakonan ketika menjayakan babak tersebut.

Kata Iqram, dia tidak percaya Fezrul benar-benar mencekik Reen apatah lagi aktor itu bukan baharu dalam bidang lakonan dan pasti tahu teknik menjayakan babak lasak.

“Takkanlah Fezrul tak waras nak cekik betul-betul. Boleh tengok dia guna teknik yang betul. Dia bukan baru setahun jagung tak tahu caranya.

“Masalahnya orang sekeliling yang tiada ditempat kejadian sering melontarkan persepsi buruk dan tanggapan tidak betul,” jelasnya.

Sebelum ini, nama Iqram juga pernah terpalit kontroversi apabila dia didakwa mencekik pelakon Mona Allen ketika penggambaran drama Hati Yang Dikhianati.

Bagaimanapun kedua-dua pelakon itu mengakui kekecohan tersebut hanya sekadar gimik untuk mempromosikan drama berkenaan.

Untuk rekod, Reen mengakui secara tidak sengaja meninggi suara selepas kejadian dicekik oleh Fezrul sebelum menghubungi pelakon tersebut menjelaskan keadaan sebenar serta menunjukkan kesan cedera dialaminya.

Fezrul dalam temu bual sebelum ini pula menjelaskan babak tersebut dilakukan dengan teknik betul dan kemungkinan berlaku ‘kemalangan’ kecil kerana apa terjadi di depan kamera tidak sama ketika sesi latihan.

“bijak pertahankan seni, semoga bijak juga dlm pertahankan maruah diri n agama, klau rasa ada style sendiri dlm memahami agama maka tak pelik jika org lain ada cara sendiri memahami seni” – Hida Akmal

“Cekik betul betul ke ..cekik kerana lakonan ke hukum tetap hukum …bkn mahram.mn blh bersentuhan ..klu tgh buat dosa ko terasa apa apa azab seperti sakit kena cekik ke …Maka JD kn pengajaran …Kat sana nnti klu malaikat cekik lagi teruk …” – Azhar

“Cekik tu mungkin betul kot. Bila berlakon ada hasutan syaitan. Contoh mcm lagu ulik mayang. Klu nyanyi yg betul2 yg cerita hbs ke tujuh2 puteri boleh histeria. Org kata mcm pemujaan. Berlakon mcm tu la jgk. Bersentuhan bkn muhrim blh mengundang syaitonnn.” – Zaipah

“X suka diam jer jgn biar org nmpk kita ganduh2.. klau x dpt sbar sihir jer munsuh.. settle.. bnda blh kirim knpa nk heboh…” – Romeo

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *