KOTA BHARU: “Belum mati, tapi sudah kena tanam,” itu respons bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengenai pemecatannya daripada parti itu tanpa sebarang pemakluman.
Advertisement
Annuar berkata, sehingga ke hari ini beliau belum menerima sebarang surat rasmi berhubung perkara itu walaupun sudah tiga hari dipecat daripada parti tersebut.
“Rupanya begini dalam politik, umpama tidak sempat mati tetapi kena tanam,” katanya semasa berucap pada Majlis Perjumpaan Khas Ketua-Ketua Cawangan UMNO Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Padang Kala, di sini hari ini.
“Saya jalan terus kerana saya ini orang perjuangan. Saya masuk dengan baik dalam UMNO sejak 43 tahun lalu dan saya mahu keluar dengan baik,” ujarnya.
Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu turut mengucap terima kasih kepada UMNO Bahagian Ketereh kerana menyokong perjuangannya selama ini dan berpesan agar mereka terus kekal bersama parti.
Dalam perkembangan lain, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu mengumumkan Kompleks YKK yang turut menempatkan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Ketereh akan ditukarkan menjadi Pusat Khidmat Muafakat Nasional (MN) Negeri Kelantan kelak.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber – UTUSAN