Baru-baru ini, penduduk di beberapa kawasan di tiga daerah di Pulau Pinang berdepan dengan gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam berikutan kerja-kerja penyelenggaran loji rawatan air (LRA) Sungai Dua bermula Jumaat lalu.
RAKAMAN VIDEO KLICK DI BAWAH SEKALI
Berikutan itu, mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh iaitu Nurul Izzah Anwar Ibrahim turun padang bagi membantu penduduk terjejas mendapatkan kelangsungan bekalan air bersih.
“Terima kasih mantan Ahli Permatang Pauh, Puan Nurul Izzh Anwar atas pengagihan air di Taman Pauh Indah dengan kerjasama bomba sukarelawan Permatang Pauh,”tulisnya ringkas.
Dalam pada itu, dia turut mempersoalkan keberadaan Ahli Parlimen terkini Permatang Pauh iaitu Muhammad Fawwaz Mohamad Jan yang telah berjaya mengalahkan Nurul Izzah sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) tempoh hari.
“Tapi, mana Ahli Parlimen terkini Permatang Pauh? Hang pi mana?”soalnya.
Bukan itu sahaja, bahkan ramai lagi netizen turut mempersoalkan keberadaan Muhammad Fawwaz dari parti Perikatan Nasional ketika itu selain meluahkan rasa kesal.
Malah, mereka turut berseloroh dengan mengatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu masih sibuk memberi ceramah.
Sekadar info, gangguan bekalan air berkenaan bermula jam 10 malam Jumaat hingga Sabtu yang melibatkan 197,851 akaun pengguna di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) dalam kenyataan mengatakan daripada jumlah itu, 24,615 akaun air akan mengalami tekanan air rendah, manakala 173,236 akaun akan terputus bekalan air.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO : SILA KLIK DI SINI
Sumber – TikTok @tinisaad0505, Instagram @n_izzah