Semasa

Lokasi Restoran Tular Kanak-kanak Kncing Ddedahkan. Ini Tindakan yg di ambil buat ramai lega

KOTA TINGGI – Sebuah restoran di sebuah pusat beli belah di sini yang tular selepas seorang kanak-kanak lelaki membuang air kecil di bahagian dapur telah diarah tutup serta merta.

RAKAMAN VIDEO KLICK DI BAWAH SEKALI

Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, tindakan itu dibuat Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi susulan siasatan yang dijalankan di premis berkenaan pada jam 11.45 pagi Jumaat.

Dalam pada itu, Tian Soon berkata, restoran terbabit juga dikesan mempunyai kesalahan lain antaranya pencemaran di tempat penyimpanan makanan selain lantai premis kotor tidak dibersihkan, dinding yang berhabuk dan bersawang.

“Penyimpanan makanan yang tidak bersih juga dikesan di premis ini. Terdapat talang telur yang berada di tempat penyediaan makanan dan telur-telur yang tidak dicuci sebelum digunakan.

“Tempat mencuci tangan juga tidak dilengkapi dengan sabun cecair dan pengering tangan atau tuala pakai buang. Menggunakan tong sampah yang tidak dibersihkan, kotor dan tidak bertutup.

“Malah sistem saliran yang tidak efektif dan menyebabkan air limpah mengalir ke atas permukaan jalan,” jelasnya.

Sebelum itu, video berdurasi 1 minit 24 saat tular di Facebook memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak kepada tukang masak di restoran terbabit membuang air kecil secara berdiri berhampiran sinki dapur dan terdapat makanan sedang dimasak.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO : KLICK DISINI

kredit – sinar harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *