Tak dapat digambarkan betapa hancurnya hati seorang ibu apabila mengetahui anak perempuannya yang masih kecil telah menjadi mangsa penderaan seksual oleh guru di pusat asuhannya.
RAKAMAN VIDEO KLICK DI BAWAH SEKALI
Kisah tersebut dikongsikan menerusi satu video oleh usahawan terkenal iaitu Hafiz Mahamad. Difahamkan, ibu kepada kanak-kanak tersebut merupakan seorang ibu tunggal yang bekerja dan disebabkan itu, dia telah menghantar anak perempuannya ke pusat asuhan.
Saya train dia, siapa-siapa lelaki yang pegang memang tak boleh saya cakap macam tu. Lepas tu saya tanya dia, ada sesiapa pegang ke? Tiba-tiba dia terus cakap macam teacher pegang. Macam tak terfikirlah, mungkin macam cikgu, pengasuh perempuan dia kan. Tak terfikir masa tu.
Start tu baru saya perasan bila hantar dia pergi sekolah, kalau yang teacher yang lelaki tu yang sambut dia tak nak pergi sekolah, dia tak nak masuk pun.
Difahamkan, kes ini telah dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan tindakan tidak berperikemanusiaan si pelaku. Mereka berharap agar si pelaku dikenakan tindakan yang sewajarnya.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO : KLICK DISINI
Sumber: Hafiz Mahamad