Semasa

Nenek Jadi Ibu Tumpang Hasil ‘Benih’ Anak Kandung, Bertarung Nyawa 9 Jam Lahirkan ‘Cucu Sendiri’

Seorang wanita di Amerika Syarikat yang menjadi ibu tumpang kepada anak lelakinya sendiri telah berjaya melahirkan seorang cucu perempuan pada 2 November lalu.

Menurut sumber, wanita yang dikenali dengan nama Nancy Hauck berusia 56 tahun itu bersetuju menjadi ibu tumpang kepada anaknya, Jeff, 33 dan Cambria, 30 memandangkan menantunya mempunyai masalah kesihatan.

Difahamkan, Cambria telah menjalani histerektomi (pembedahan buang rahim) pada September 2021 selepas kelahiran traumatik anak kembar kedua mereka sebelum ini. Nancy bertarung nyawa selama sembilan jam di dalam bilik bersalin demi melahirkan cucu perempuannya, Hannah.

Semuanya berjalan dengan sempurna dan kami berasa sangat bertuah kerana memilikinya (Hannah) dalam keluarga kami.

Bercerita dengan lebih lanjut, Nancy memberitahu dia disahkan hamil pada Februari selepas melakukan rawatan hormon pada Januari lalu selain menyuntik dirinya setiap hari selama 12 minggu dengan bantuan suaminya, Jason, 59. Menurut sumber, Jeff dan Cambria memiliki dua pasangan kembar iaitu Vera dan Ayva, berusia 4 tahun, serta kembar kedua ialah Diesel dan Luca, kini 13 bulan. Keempat-empat anak pasangan ini dilahirkan melalui rawatan Persenyawaan in Vitro (IVF).

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – New York Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *