Semasa

“Isu Antara Saya&Raihan Tak Pernah Selesai” – Ambil Inisiatif Ajak Bersemuka, Nazrey Johani Mahu Lerai Persengketaan

Penyanyi nasyid dan juga bekas anggota Kumpulan Raihan, Nazrey Johani memaklumkan dia mahu menghubungi kumpulan popular itu bagi meleraikan salah faham yang timbul antara mereka.

Menurut Nazrey, inisiatif ini diambil bagi meleraikan pertanyaan dalam kalangan peminat mengapa kedua-dua pihak tidak merancang untuk kembali berkerjasama.

“Saya berjanji, sekiranya pengikut TikTok dan Instagram saya mencecah 100,000, saya akan hubungi anggota Raihan. Saya mahu berjumpa mereka secara berdepan untuk membincangkan isu yang berlarutan sehingga hari ini. Biar saya merendahkan diri untuk memulakannya nanti,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nazrey pernah menyuarakan hasratnya untuk kembali bekerjasama dengan kumpulan tersebut bagaimanapun, Raihan tidak pernah mengeluarkan kenyataan secara jelas mengenai perkara itu.

Terdahulu, Nazrey mengakui tidak terkilan walaupun tiada undangan dari Kumpulan Raihan untuk memeriahkan konsert Garis Masa Raihan yang akan berlangsung pada pada November ini.

Ini jujur, bukan buat-buat… saya dengan Raihan baik sahaja. Hendak jayakan konsert bukan perkara mudah, tetapi mereka berjaya laksanakan.

Kalau dijemput saya pergi, jika tiada pun, buat apa mahu bising? Itu hak mereka. Sama ada hendak jemput atau tidak.

Saya bersyukur dan turut gembira dengan apa yang mereka lakukan,” ujarnya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – Utusan, Boom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *