Semasa

“Air Sawah Bertukar Merah Masa Dia Tercampak..” Adik Rafiq meninggal dunia mtosikal rempuh van

Besut : Seorang pelajar tingkatan 2 SMK Seri Nering m4ut selepas motosikal yang ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah Van.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Menurut Mat Yoe (JNZA Gaung Global ) pengurusan jenazah percuma yang menulis mengenai kemalangan tersebut ” Berlaku kemalangan yang agak teruk berhampiran rumah saya pada malam ini.

Adik Afnan Rafiq yang merupakan penunggang motosikal p4rah telah disahkan men1nggal dunia di Hospital Besut ketika dalam rawatan.

Baru berusia 13 tahun dan bersekolah di SMK Seri Nering,Sewaktu saya tiba di tempat kejadian, beliau masih sedar dan terbaring kaku di dalam sawah padi.

Saya turun ke dalam sawah dan berdiri di samping beliau,Beliau ada mengadu rasa kebas pada seluruh badan,Pada ketika itu saya lihat tangan kanan beliau patah, bahu patah, kaki kanan patah dan ada koyakan besar pada peha dan betis beliau.

Air dalam sawah padi bertukar menjadi merah akibat bercampur dengan d4rah, Setibanya anggota bomba dan anggota perubatan di lokasi kejadian, beliau diangkat ke atas bahu jalan dan seterusnya dibawa ke hospital.

Saya sangkakan beliau selamat kerana hanya mengalami kecederaan luaran pada mata saya,Rupanya beliau mengalami kecederaan organ dalaman,Ibu beliau meninggal dunia 2 tahun yang lalu dan semenjak dari itu beliau dan 2 lagi adik beradiknya tinggal bersama neneknya.

Saat-saat akhir nafasnya, beliau memberitahu saudara maranya yang beliau akan pergi untuk “bersama” ibunya.

Beliau juga sempat memohon maaf serta meminta saudara maranya menghalalkan segala makan minumnya selama ini.

Mandi kapan jen4zah bermula 3.30 pagi di forensik hospital Besut dan siap pada 4.30 pagi,Jen4zah di bawa pulang ke rumah neneknya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Alor Saji pada pukul 10 pagi.

Jen4zah ibu beliau dulu di uruskan oleh pasukan lain kerana pada waktu itu team kami belum ada team mandi kapan jenazah wanita,Akan tetapi, team kami mengambil tanggungjawab dengan membayar separuh dari caj mandi kapan yang ditanggung oleh waris.

Kenderaan jenazah yang beliau gunakan malam ini merupakan kenderaan jen4zah yang sama digunakan oleh arwah ibunya pada 2 tahun yang lalu,Moga Allah tempatkan adik Afnan Rafiq dalam kalangan orang beriman.Al fatihah. Credit Mat Yoe (JNZA Gaung Global ) pengurusan jen4zah percuma.

Salam takziah buat keluarga adik Rafiq.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – Facebook May Yoe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *