Pemergian pelakon dan juga influencer, Syazlin Zainal sememangnya ditangisi oleh rakan artis dan juga para peminat yang mengenali gadis tersebut.
“Siapalah saya untuk menolak qada dan qadar. Walaupun berat saya cuba yang terbaik untuk diri ini,” tulisnya.
Shaf yang dilihat sebak dan ditenangkan sewaktu di tanah perkuburan juga sempat mendoakan agar roh allahyarham Syazlin ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan jujur akan terus merindui wanita itu.
“Semangat dan impian sayang akan saya bawa bersama sampai tiba masa saya bersama dengan awak di sana kelak.
“Allah lebih sayangkan awak. Semoga roh sayang ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Tenanglah disana sayang, kekasihmu ini akan selalu merinduimu . Saya sayang awak Syazlin Suhaizan Zainal,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, Syazlin yang juga anak perempuan tunggal dalam keluarga pernah membintangi beberapa drama antaranya Sitik Tok, Oh My Hantaran, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber – Instagram Shaf Pablo