Semasa

Selepas Empat Hari lbu Dan Adam Mninggal, kini Bella pula menyusul pergi selamanya. Salam takziah buat keluarga

Kuala Terengganu: Selepas empat hari bertarung nyawa, Nur Qaireen Luthfiya Mohd Lekman, 5, kakak kepada Sayyid Uwais Al-Qarni atau Adam yang dilahirkan dengan otak di luar tempurung meninggal dunia, hari ini.

Nur Qaireen Luthfiya atau mesra dengan panggilan Bella meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), jam 11.05 pagi ini.

Katanya, jenazah akan dikebumikan bersebelahan dengan kubur ibu dan adiknya di Tanah Perkuburan Batu Hampar, di sini, selepas proses bedah siasat selesai dilakukan, petang ini.

“Seorang mangsa iaitu cucu angkat saya, Muhammad Arsyad Syahiran Mohd Agil, 9, yang turut mengalami kecederaan parah masih dirawat ICU di HSNZ.

“Walaupun sedih, tetapi saya reda dengan kehilangan anak, Fatin Hazlin Dahlia, cucu istimewa Adam, dan Bella,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kemalangan itu, suami Fatin Hazlin iaitu Mohd Lekman Zakaria, 36, dan seorang lagi anaknya, Sayyid Lutfi Mohd Lekman, 7, hanya mengalami kecederaan ringan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kemalangan berlaku ketika Fatin Hazlin Dahlia dan Mohd Lekman serta anak-anaknya dalam perjalanan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, untuk rawatan susulan Adam.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *