Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) mungkin akan memohon penangguhan terhadap titah 30 Ahli Parlimen supaya mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, esok.
RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI
“Kita akan buat keputusan selepas perundingan namun beberapa perkara masih belum selesai (mengenai sokongan calon Perdana Menteri ke-10),” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon berkata, BN masih kekal dengan pendirian untuk tidak menyokong mana-mana gabungan sama ada Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan.
Katanya, beliau juga menafikan mesyuarat malam tadi bertujuan untuk menandatangani Akuan Bersumpah (SD) bagi menyokong calon Perdana Menteri ke-10.
“Setakat ini, BN masih kekal dengan keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan (PN dan PH) bagi membentuk kerajaan,” katanya.
Malam tadi, Mesyuarat Dewan Tertinggi BN berlangsung bagi membincangkan sokongan calon Perdana Menteri Ke-10 selesai kira-kira 11 malam sebelum mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, esok.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber – HM