Semasa

“Sekali Sekala Buka Mata Dan Tidur Semula..”-Rakan ‘update’ keadaan Nad ZainaI

SEJAK hari pertama Nad Zainal dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam paru-paru, rakannya yang juga aktor Ungku Ismail kerap berkongsi perkembangan terkini pelakon berkenaan termasuk kepada pihak media.

Ungku Ismail berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Ungku Ismail berkata, permintaan mendoakan kesihatan Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, semakin menghilang apabila ada segelintir mengasak soalan peribadi yang membuatkan dia dan keluarga aktres itu kurang senang.

“Ada perkataan-perkataan yang saya tak ada sebut pun. Yang saya minta push, dengan heading provoke. Berdoa untuk Nad, hanya awalan sahaja.

“Pudar sudah, dijoloknya dengan hal peribadi yang tidak tepat dan ajakan berdoa itu menjadi minor dan tidak relevan.

“Ini sudah bukan apa saya mahukan untuk sebarkan berita tentang keadaan Nad. Nyawa dan kesihatan dia yang utama, keduanya emosi dan perasaan ahli keluarga, kawan-kawan dan beberapa pihak lain,” katanya.

Tambahnya, dia tidak akan lagi berkongsi perkembangan terkini aktres berkenaan kerana kecewa dengan sikap segelintir pihak yang lebih mahu mengorek kisah peribadinya.

Jelas Ungku Ismail, ini bukan masanya untuk menjaja kisah peribadi mahupun kerjayanya sebaliknya mahu memaklumkan perkembangan terkini tentang kesihatan sahabatnya itu.

“Dan saya yakin ini yang orang nak tahu bukannya benda merepek dan sensitif tanpa menghormati keperibadian masing-masing.

“Saya mulai hari ini tidak akan memberi apa-apa kenyataan perkembangan tentang keadaan Nad Zainal dan apa sahaja, sila rujuk pada sumber lain,” katanya yang memohon agar semua pihak terus mendoakan aktres tersebut.

Sejak berita tentang pelakon, Nad Zainal dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan jankitan kuman pada paru-paru, ramai rakan artis menguar-uarkan tahap kesihatan selebriti itu dan memohon orang ramai supaya dapat sama-sama mendoakan kesembuhannya.

Terbaharu, pengarah drama terkenal, Shahrulezad Mohameddin turut menjelaskan keadaan Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal di Instagram.

Menerusi hantaran terkini, Shahrulezad atau mesra disapa Budak Ijat memaklumkan tahap kesihatan Nad Zainal pada masa ini semakin baik berbanding semalam.

“Alhamdulillah, keadaan Nad semakin baik berbanding semalam.

“Kadar kebergantungan dia pada mesin oksigen semakin berkurangan. Luka-luka di paru-parunya semakin sembuh. Paru-paru dah mula berfungsi dengan lebih bagus. Cuma, doktor tidak mahu memaksa sangat,”ujarnya.

Selain itu, Shahrulezad mengatakan sesekali aktres berusia 32 tahun itu ada membuka matanya sebelum tidur semula.

Mengulas lanjut, Shahrulezad bersyukur kerana pengambilan sebahagian ubat-ubatan sudah mula dikurangnya dan ada juga diberhentikan apabila melihat keadaan Nad yang semakin pulih.

“Syukur tak terhingga, Terima kasih Allah yang telah kabulkan doa kita semua. Saya harap kita akan terus berdoa. Selain dari untuk Nanad sendiri, kita juga perlu doakan untuk mereka lain yang memerlukannya,”tulisnya di ruangan hantaran berkenaan.

Di kesempatan itu, dia yang juga penerbit tersohor mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang tidak henti-henti mendoakan kesembuhan Nad Zainal.

“Hanya Allah sahaja yang mampu membalas doa ikhlas kalian. Sekali lagi, terima kasih yang tak terhingga,”luahnya.

Sementara itu, dia juga memberitahu akan mengadakan majlis bacaan doa selamat dan solat hajat untuk Nad Zainal bertempat di Masjid Al Mustaqim, Jalan Ampang Putra pada jam 6.45 petang.

*InsyaAllah besok petang kami akan mengadakan majlis doa selamat dan solat hajat utk Nanad. Sesaper yg bekelapangan dijemput menghadirkan diri di

Bacaan doa selamat dan solat hajat akan dibuat selepas solat Maghrib yang diketuai oleh Imam Muhammad Azim Mohd Akhbar.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – Instagram @budakijat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *