Penyanyi Marsha Milan tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi mengenai ujian yang menimpa pelakon Nad Zainal yang masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri, Selangor.
Nad, 32, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai kerana jangkitan pada paru-paru sejak Isnin.
Marsha berkata demikian ketika ditemui Hari Pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-37 (SAMM37) di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada Jumaat.
Marsha yang mempertaruhkan lagu Kembali Terang sebentar tadi turut berdoa semoga pelakon drama Cina Buta itu kembali sembuh seperti sedia kala.
“Alhamdulillah dalam rasa sedih dengan ujian yang menimpa Nad, kita tengok ramai penggiat seni yang hadir melawat dan berikan semangat.
“Begitu juga dengan peminat yang menitipkan doa baik-baik. Kalau kita tengok di media sosial ramai yang berikan kata semangat. Saya berdoa dan berharap semoga Nad akan pulih.
“Saya pegang tangan dia. Saya ada bisikkan kata-kata. Saya beritahu Nad, dia kena kuat dan teruskan perjuangan sebab Nad ada anak-anak yang menunggu Nad.
“Kita ada benda yang kita sudah janji sama-sama untuk lakukan. Saya percaya, yang berpeluang melawat berikan kata dorongan yang sama,” katanya lagi.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!