Semasa

‘Terperosok Bawah Kereta’ – Lelaki meninggal dunia dirempuh kereta ketika potong rumput tepi jalan

KULIM – Seorang pekerja syarikat pembersihan maut akibat dirempuh sebuah kereta ketika sedang memotong rumput di tepi jalan Taman Selasih di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.14 tengah hari itu, mangsa berusia 68 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pegawai perubatan kemudian mengesahkan mangsa yang mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

“Takziah kepada keluarga mangsa. Inilah yang paling dirisaukan.Kerja mereka berisiko tinggi sebab kerja tepi jalan raya.” – Adli

“إنا لله وإنا إليه راجعون
Ajal sudsh tiba..tetapi syarikat tidak ikut SoP…papan tanda tiada, kon keselamatan. Kesian pekerja. Patotnya benda² cmni PBT kena alert.” – Irfan

“Patut sop kerja tepi highway lebih diperketat lg.. Al fatihah” – Wakiy

“Tepi jalan pon boleh rempuh..apa laa driver buat masa memandu??” – Jafni

“umur 77 tahun masih bawa kereta…mata nampak lagi ke? yg potong rumput 68 tahun..” – Rizak

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *