Semasa

Berang Anaknya Dicerca Netizen, Ibu Ismail Izani Tempelak Netizen “Mengata anak org memang..”

Baru-baru ini, penyanyi Ismail Izzani sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila video memaparkan aksi seorang lelaki mirip wajahnya sedang berciuman dengan wanita seksi di sebuah kelab hiburan tular di TikTok.

Gara-gara video panas itu, ibu kepada Ismail iaitu Datin Suliza Salam diserang netizen di akaun Instagram (IG) miliknya.

 

Tidak mendiamkan diri, penyanyi era 1980-an menyatakan memang seronok mengutuk anak orang lain sedangkan belum tahu nasib sendiri.

“Anak kamu nanti belum tau juga lagi kan. Mengata anak orang memang seronok kan. Pengakhiran hidup belum tentu. Allah Yang Maha Pengampun.

Bukan kata-kata orang yang akan ubah dia atau siapa jua. Tapi Allah. Faham ya.”

Dalam pada itu, Suliza menghargai dengan teguran dan tunjuk ajar yang dikongsikan pengikut selain mendoakan agar Allah SWT menjaga aib masing-masing.

“Syukur alhamdulillah. Terima kasih atas tunjuk ajar dan teguran. Semoga Allah melindungi dan merahmati kamu sekeluarga. Dijauhkan dari segala aib dan musibah.”

Gara-gara perbuatan tidak senonoh itu, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen ‘pedas’.

“@ain.najiha: Bila dah terang-terang tu Mael, tak boleh back up dah. Apa lagi guna ayat agama la. Jangan lupa tarik telinga Mael lagi bagi capang lagi. Degil sungguh pergi club.”

“@dravander: Sayang anak tangan-tangankan. Ajar anak itu jangan meliar saja. Jangan back up anak.”

“@aishahalazmi_: Makcik dalam video itu Mael tau, ketat betul peluk. Mabuk melangit hmm kecewa.”

Bagaimanapun, ada juga warganet yang mengingatkan orang ramai untuk tidak menyalahkan pelantun lagu Untuk Sekali Lagi kerana dia sudah mendidik Ismail dengan baik.

Usaha OhBulan! untuk mendapatkan penjelasan daripada pelantun Luar Biasa itu dan Suliza bagaimanapun tidak berjaya apabila mesej tidak dibalas.

Sebelum ini, nama Ismail hangat diperkatakan selepas dia dituduh terlanjur dengan seorang gadis sehingga menyebabkan hamil luar nikah.

Tampil mempertahankan anaknya, Suliza menepis sekeras-keras dakwaan tersebut kerana percaya Ismail yang dikenali dengan panggilan Mael tidak melakukan perkara terkutuk tersebut.

Pada empat tahun lalu, Ismail pernah dikecam netizen gara-gara mesranya dengan seorang pelakon sensasi, Zarina Anjoulie.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Sumber – Instagram @sulizasalam_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *