Semasa

“Macam Mana Benda Tu Terjadi..” Jenazah Syazlin selamat dikebumikan, ahli keluarga kongsikan sesuatu yang buat ramai sebak

KELUARGA Allahyarham Syazlin Zainal masih terkejut atas pemergian pelakon itu pada Khamis.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Sepupu arwah, Nor Shida Mohd Jawal, 44, berkata, seluruh ahli keluarga turut tertanya-tanya punca sebenar Syazlin meninggal dunia.

“Apabila mendapat tahu pemergiannya, saya dan keluarga terperanjat malah sampai sekarang dalam keadaan tidak percaya. Kami juga tiada jawapan mengapa ia boleh berlaku.

  

“Saya harap sangat pada yang bertanya tentang kematiannya, kita doakan yang baik-baik untuknya. Janganlah buat spekulasi tidak benar. Kita ambil apa terjadi sebagai iktibar,” jelasnya.

Sementara itu, Nor Shida menyifatkan arwah seorang yang ceria, baik serta mempunyai personaliti menyenangkan sehingga membuatkan ahli keluarga terasa kehilangannya.

Kata Nor Shida, dia kali terakhir bertemu dengan Syazlin bersempena sambutan hari raya Aidilfitri lalu.

“Arwah seorang yang tidak banyak cakap tetapi dia sentiasa ceria. Memang tak nampak macam dia ada masalah sebab dia selalu nampak gembira.

“Bila berkumpul memang seronok dan kali terakhir bertemu dengannya ketika sambutan hari raya yang lalu,” ujarnya.

Pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisinor Raub Selamat mengesahkan Allahyarham maut dipercayai terjatuh daripada tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru.

Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan mayat seorang wanita berusia 26 tahun di bahagian bawah pangsapuri kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Untuk rekod, Syazlin pernah membintangi drama Sitik Tok dan Oh My Hantaran.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *