Di Instagram, seorang wanita berkongsi pengalaman menyayat hatinya apabila suaminya terkorban akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya, minggu lalu.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Majlis resepsi yang sepatutnya diraikan dengan meriah bertukar pilu tatkala si suami bertemu ajal akibat dihentam oleh 2 motosikal. Menurut wanita bernama Maisarah Abu Samah itu, pada mulanya dia amat sukar menerima kenyataan sehinggalah suaminya dikebumikan. Namun, kini dia reda dengan pemergian suami tercinta dan telah pun memaafkan individu yang menyebabkan kematian suaminya itu.
Difahamkan, perkahwinan pasangan ini baru berusia 3 minggu sewaktu kejadian malang itu berlaku. Malah, segala tempahan persiapan majlis resepsi yang dirancang berlangsung pada 27 November ini telah dibatalkan sebaliknya diganti dengan upacara tahlil buat Allahyarham suaminya itu.
Masa tu memang tak boleh terima, sampailah suami dikebumikan. Dah reda dah, belajar ikhlas. Semua persiapan resepsi pun dah ‘cancel’ ganti dengan tahlil.
Tambah wanita berusia 18 tahun itu lagi, sebelum kejadian, arwah suaminya beriya-iya mengajaknya keluar pada malam itu hingga akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir pada malam sama.
Dia ajak keluar, takut tak sempat. Tapi malam tu juga berlaku kejadian.
Menceritakan detik sukar itu, Maisarah menjelaskan ia bermula apabila kereta di hadapan membrek secara tiba-tiba lalu bertembung dengan kenderaan yang dinaiki mereka. Malangnya, Allahyarham kemudian dihentam pula oleh 2 buah motosikal yang ditunggang laju dipercayai sedang berlumba.
Kereta depan brek mengejut, kemudian ada 2 motosikal hentam suami. Saya maafkan sebab taknak gaduh-gaduh. Saya tak boleh nak salahkan mereka juga, mungkin bukan salah mereka 100%. Dia pun ada datang rumah minta maaf.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
View this post on Instagram
Sumber – Instagram