Semasa

Lumpuuh Hampir Separuh Badan, Ditemani Anak, Ibu Tunggal Cekal Menjaja Keropok Di Tepi Jalan Undang Sebak

Sangat meruntun hati. Begitulah perumpamaan daripada sebuah video yang dikongsikan oleh Youtuber Vitaminbae.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Dalam video yang dikongsikan, Youtuber ini terserempak dengan seorang wanita separuh baya yang sedang duduk di tepi jalan memegang keropok ketika dalam perjalannya balik ke rumah.

Tular Ibu Tunggal Stroke Separuh Badan Menjaja Keropok Di Tepi Jalan

Sebak melihat keadaan si kecil tersebut yang hanya tidur di atas simen di tengah terik kerana mahu menemani ibunya mencari rezeki. Dengan memakai tshirt hitam ‘labuh’ yang jelas bukan saiznya, ia adalah gambaran bahawa dua beranak ini bukanlah keluarga yang senang.

Demikian kisah ibu tunggal & si cilik berbaju hitam yang dikongsikan oleh Youtuber ini :

Ketika melalui jalan ini, dari jauh terlihat seorang ibu menjual keropok di tepi jalan. Bila saya dekati, rupanya dia ditemani anak kecilnya yang sedang lena tidur di atas jalan raya.

Ibu ni jual keropok dan kerepek, semua hanya RM2.00. Dia beli dengan pembekal RM 1.50, dia ambil untung 50 sen. Cukuplak untuk makan katanya.

Ketika saya ingin beli semua jualannya, kelihatan sebelah tangan ibu ni tak boleh digerakkan. Rupanya, tangan kanan si ibu strok sudah hampir setahun. Allahu..

Saya tanya, suami kerja?

“Suami saya sudah meninggaI..”

Allahu..

Berat ujian akak ni.

Akak ni tiada no telefon, kawan-kawan yang melalui jalan Megah Jaya, jika ternampak ibu ni berjualan keropok tepi jalan, belilah dengan niat membantu. Mudah-mudahan dapat meringankan beban kehidupannya.

Terima kasih semua yang terus membantu misi kecil kita. Moga Allah redha..

MasyaAllah, dengan keadaan fizikalnya yang tidak begitu baik, dia masih cekal memerah keringat demi kelangsungan hidupnya serta puteranya.

Setinggi-tinggi terima kasih juga diucapkan kepada Youtuber Vitaminbae kerana tidak putus-putus membantu dan menyantuni golongan-golongan yang kurang bernasib baik seperti ini.

Melalui temubual bersama Mr.Bie (Vitaminbae), pihak Vitaminbae memaklumkan akan memberikan sumbangan berbentuk bakul makanan bulanan kepada Puan Noriah.

Alhamdulillah…

Jangan lupa subscribe Youtube Channel Vitaminbae sebagai tanda sokongan kita selain boleh mengikuti perjalanan mereka menyantuni asnaf-asnaf di sekitar Sabah khususnya. Semoga dengan sokongan kita semua, semakin ramai asnaf yang dibantu! InsyaaAllah…

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Terbaik – Vitaminbae!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *