Semasa

Gara² Lakukan Hbgn Sulit Dgn Bini Org. Atuk Berumur 71 Tahun Maut Ditiikam Bertubi tubi

Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia akibat ditikam berkali-kali selepas dituduh mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang.

Mangsa berusia 71 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya dimaklumkan berkaitan kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Serdang berkaitan kejadian jam 6.29 petang semalam.

Mohd Zaid berkata, suspek lelaki mengaku mencederakan mangsa di kawasan parkir kenderaan pasar raya di Bandar Tun Hussien Onn.

“Hasil siasatan awal, punca kejadian disebabkan suspek marah kerana mangsa ada hubungan intim antara isterinya.

“Ketika kejadian, suspek mendakwa, mangsa dan isterinya berada berdua di dalam kenderaan di lokasi kejadian,” katanya.

Polis turut merampas barangan termasuk kenderaan mangsa, empat telefon bimbit, pakaian suspek serta resit pembelian senjata pisau bagi membantu siasatan.

Kedua-dua suspek direman sehingga 2 Disember ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan saksi kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Redzuan Salleh di talian 013-7854100 atau balai polis berhampiran.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *