Pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 sememangnya menjadi detik paling bermakna buat para penyokong Pakatan Harapan (PH) yang menanti penuh debar sejak 5 hari selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Pastinya bendera PH telah dikibarkan dimana-mana sejak semalam setelah Anwar sah bergelar PM ke-10.
Paling mencuri tumpuan sudah tentu rakaman video yang dikongsikan di Twitter oleh seorang pengguna dikenali sebagai @devprasad888.
Mana tidaknya, hantaran berkenaan telah menunjukan seorang lelaki mengangkat bendera PH di dalam stadium dipercayai ketika menonton perlawanan Piala Dunia Qatar 2022 sewaktu Brazil menentang Serbia.
Lelaki India tersebut mengangkat jelas bendera PH di tengah-tengah lautan penonton yang meyaksikan pertembungan dua pasukan dunia di World Cup 2022.
Walaupun dia seperti begitu bersemangat, namun penonton disekeliling seakan tidak faham dengan mesej yang ingin disampaikan.
Justeru itu, ruangan komen pengguna Twitter berkenaan telah mendapat pelbagai maklum balas dengan masing-masing berasa terhibur melihat gelagatnya yang mungkin menzahirkan rasa gembira diatas pelantikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
This dude watched this morning's Brazil match with a veshti on! pic.twitter.com/tvDWzgUSDa
— Dev ⚽🏌️♂️⛳🏎️🤡☕🥩🚬🥃 (@devprasad888) November 25, 2022
Sumber – Omm