Semasa

Seorang Lagi Pengarah Trkenal Yg Mmpunyai Bakat besar meninggalkan kita semua kerana penyakit angin ahmar iaitu Azhari Zain

KUALA LUMPUR: Pengarah filem, Azhari Zain, 50, menghembuskan nafas terakhir selepas sembilan bulan menderita penyakit angin ahmar di kediamannya di Sunway Alam Suria, Shah Alam, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah malam ini.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

 

Akhir Mei lalu, BH melaporkan, Azhari atau nama sebenarnya, Azhari Mohd Zain berikhtiar mendapatkan rawatan alternatif seperti akupuntur dan urutan untuk memulihkan dirinya selepas mengalami angin ahmar pada Februari lalu.

Selepas tiga bulan terlantar di hospital, Azhari yang juga pensyarah kanan di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibenarkan pulang ke rumah di Shah Alam, Selangor, pada 18 April lalu, untuk meneruskan sesi rawatan.

Pergerakannya terbatas, malah bercakap hanya mampu memberi isyarat menerusi gerakan kepala atau hanya menunjukkan reaksi emosi seperti sedih.

Sebelum itu, arwah terkena serangan angin ahmar hingga pernah kritikal apabila saluran darah dalam otak tersumbat, namun, proses pemulihan pengarah filem Jin Notti ini mula menampakkan perkembangan positif pada Julai lalu.

Malah, arwah juga boleh duduk sekejap dan melakukan sedikit pergerakan biasa pada anggota badan, tangan dan kaki selepas lima bulan diserang angin ahmar.

Beliau mengalami serangan angin ahmar pada kedua-dua bahagian badan, jadi memerlukan masa untuk pulih.

Memulakan kerjaya pada 2004, arwah menjadi penulis dalam banyak projek filem antaranya Tangkai Jering, Potret Mistik, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung dan Duyung.

Selain Jin Notti, arwah mengarahkan filem Santau, Zoo, Hantu Dalam Botol Kicap dan Mantra.

Arwah meninggalkan isteri, Wahizatul Nureen dan tiga cahaya mata.

Jenazah akan dimandi dan dikapan di Masjid Ar-Raudhah, Seksyen U10, Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, Klang, pagi ini.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumbe – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *