Semasa

KabarDuka, Tiga Mninggal Dunia Ketika Beratur Mengundi. Salam takziah buat kluarga

Johor Bahru: Hasrat seorang warga emas menunaikan tanggungjawab mengundi tidak kesampaian apabila wanita itu menghembuskan nafas terakhir di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lit Terk, Paloh, hari ini.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Dalam kejadian jam 10.21 pagi itu, Tuminah Ambiah, 85 tahun meninggal dunia sebelum sempat mengundi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor, kejadian berlaku ketika mangsa menunggu giliran untuk mengundi di saluran satu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dalam kenyataan mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di tempat kejadian didapati tiada unsur jenayah dan kesan pergelutan.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap tubuh mangsa juga mendapati tiada terdapat sebarang kecederaan.

Katanya, hasil siasatan awal Sh Juhara hadir ke lokasi bersama suami, namun selepas keluar dari bilik mengundi wanita itu mengadu penat dan mengalami semput.

“Sh Juhara duduk sebentar dan berjalan kira-kira 100 meter sebelum duduk semula.

“Suaminya meminta bantuan daripada pihak SPR untuk mendapatkan kerusi roda sebelum dia mengambil kereta, namun apabila kembali ke lokasi didapati Sh Juhara sudah tidak bernafas.

“Punca kematian belum dapat dipastikan, namun Sh Juhara mempunyai sejarah penyakit iaitu darah tinggi dan kencing manis.

“Malah, wanita itu turut disyaki mengalami masalah jantung serta masalah paru-paru berair,” katanya.

Update terbaru :

KUALA LUMPUR – Tiga individu dilaporkan meninggal dunia ketika beratur untuk membuang undi di negeri Kelantan dan Johor, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, satu kes dilaporkan di Kota Bharu, Kelantan, manakala dua lagi kes dilaporkan berlaku di Johor.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang pengundi warga emas wanita, Tuminah Ambiah berusia 85 tahun tidak sempat mengundi apabila menghembuskan nafas terakhir di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lit Terk, Paloh sekitar pukul 10.21 pagi tadi.

Sementara itu, seorang lagi, Sh Juhara Syed Mohamad, 57, turut dilaporkan meninggal dunia di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, dekat sini, 9.30 pagi tadi.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – HM & Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *