Semasa

“Haram Makan Ubat Tahan Sakit, Masuk Neraaka..” – Afifah Jelaskan Ini Sebabnya

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila seorang pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah mengeluarkan kenyataan dengan mendakwa para suami sebagai seorang yang ‘dayus’ jika benarkan doktor lelaki uruskan isteri bersalin.

Susulan daripada itu, ramai dalam kalangan penceramah turut bersuara dan memberi pandangan mereka berhubung isu terbabit.

Namun baru-baru ini, nama Ustazah Siti Afifah sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas dia memuat naik satu video membicarakan mengenai pengambilan ubat tahan sakit yang didakwa haram.

Setelah mendengar video yang dikongsikan, rata-rata netizen akui keliru dengan ceramah yang disampaikan Ustazah Siti Afifah.

“Ada orang bila sakit sikit, makan ubat tahan sakit sehingga tubuh badan kita ini dekat dengan kematian masa tu mulut tak boleh berbicara tetapi mata kita melambangkan tercengangnya kita dengan kepakaran yang hebat ni.

Dengan duit habis banyak, dengan kepakaran manusia ia menyebabkan apa yang dimasukkan dalam tubuh yang haram dan meragukan maka kamu sedang berhadapan sesuatu kepanasan yang amat dahsyat.

Tapi tak boleh dibicarakan kerana Allah dah kunci lidah kamu. Kamu tidak mampu hingga sendi-sendi kamu, dan tidak ada kemampuan untuk berbicara.”

Tambah Ustazah Siti Afifah lagi, amalan dan doa seseorang itu tidak akan diterima oleh Allah SWT sekiranya sesuatu benda haram masuk ke dalam tubuh badan mereka.

Malah mereka juga akan mati dalam keadaan yang hina dan masuk neraka kerana telah melanggar hukum syariat Islam.

“Ingat! sesuatu benda yang haram, setitik yang haram masuk dalam tubuh badan kita, 40 hari amalan tidak diterima oleh Allah, doa tidak diangkat.

Sekiranya Allah ambil nyawa kamu dalam tempoh itu, maka matinya kamu mati dalam keadaan hina yang melanggar hukum syariat Allah.

Sebab itu Nabi ingatkan, orang kafir ada caranya, orang Islam ada caranya.

Apa pun perubahan zaman, apa-apa yang mereka letakkan agenda, Allah Taala itu yang menjaga manusia kecuali manusia itulah sendiri kembali semula kepada Allah dan mendekatkan kepada Allah.”

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: TikTok Ustazah Siti Afifah, Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *