Semasa

‘Korang Kalau Korea Beria Sambut, Nabi Muhammad Tak Ada Pun’ – Akak Rela ‘Sound’ Peminat K-Pop

Sikap tegas seorang Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di acara 2022 Mokkoji Korea, baru-baru ini mencuri tumpuan netizen di media sosial. Menurut netizen, mereka kurang senang melihat cara anggota tersebut menghalang pengunjung daripada berjumpa artis Korea yang ada di situ.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi sebuah rakaman video di Twitter, anggota Rela itu dipercayai memarahi pengunjung yang hadir ke majlis tersebut dengan reaksi wajahnya yang serius. Bukan itu sahaja, wanita tersebut didakwa menolak peminat yang cuba mendekati artis jemputan dari Korea Selatan itu.

Korang kalau korea beria sambut, Nabi Muhammad takde pun.

Susulan daripada itu, rata-rata netizen berkata tindakan anggota Rela itu sangat tidak sesuai dan kasar.

Sekadar info, majlis 2022 Mokkoji Korea itu di spesifikasikan untuk pameran budaya Korea yang turut menjemput beberapa artis jemputan dari Korea Selatan. Majlis ini diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) Kuala Lumpur pada 12 dan 13 November lalu.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber: Twitter @browlixies

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *