Semasa

Pelakon Veteran Roslan Salleh Buta Selepas Saraf Dimatikan

Keadaan kesihatan pelakon veteran, Roslan Saleh dilaporkan menunjukkan perkembangan positif dan kembali bersemangat sewaktu rakan-rakan artis melakukan ziarah baru-baru ini.

Memetik mStar Online, pelakon Anne Abdullah berkata Roslan atau mesra dipanggil Pak Lan masih mengenali rakan-rakan yang datang menziarah walaupun penglihatannya bermasalah.

“Alhamdulillah, saya lihat keadaannya kini semakin baik. Abang Lan sudah boleh duduk dan berselera makan. Walaupun penglihatannya sudah tiada namun dia masih mengenali kami yang datang menziarahinya baru-baru ini,” katanya.

Menurut Anne, pelakon veteran berusia 65 tahun itu nampak lebih bersemangat dan gembira apabila ada rakan-rakan datang berkunjung dan bertanya khabar.

“Meskipun kami semua sibuk dengan urusan kerja, Alhamdulillah kami cuba luangkan masa berjumpa dengannya. Saya harap rakan-rakan selebriti lain turut datang menjenguk Abang Lan,” katanya.

Dalam pada itu, Anne menjelaskan penglihatan Pak Lan terjejas bukan disebabkan penyakit diabetes tetapi sering mengalami sakit kepala kronik.

Katanya lagi, doktor mengambil keputusan mematikan saraf pada bahagian mata untuk mengurangkan sakit kepala yang ditanggung Pak Lan.

“Penglihatannya mungkin terjejas tetapi selepas melakukan pembedahan itu, Pak Lan kini tidak lagi menanggung sakit kepala kronik,” katanya.

Terdahulu, Pak Lan dilaporkan berada dalam keadaan kurang baik akibat penyakit diabetes yang dihapinya sejak 10 tahun lalu.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – mStra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *