Semasa

“Saya Jual Buah Pinggang Agar Dapat Beli Rumah Untuk Isteri”-Lelaki Akur Dengan Syarat Bekas Isteri Demi Rujuk Kembali

Kerana terlalu sayangkan bekas isteri, lelaki ini sanggup berbuat apa sahaja demi memenuhi keinginan wanita itu.

Lelaki yang berasal dari Indonesia ini  mendapat perhatian netizen apabila dia memuat naik satu status di Facebook mengatakan dia mahu menjual buah pinggangnya.

LIHAT PERBUALAN MESEJ MEREKA DI BAWAH SEKALI

“Ema mahu ikut Ab tapi dengan satu syarat, Ab mesti carikan rumah untuk kita. Ema tidak mahu lagi tinggal dengan orang tua kita, dan menyewa. Ema tak peduli samada rumah itu kecil atau besar yang penting, rumah sendiri. Ema sudah bosan dengar orang mengata.

“Ema mahu lihat sebesar mana rasa cinta dan sayang Ab pada Ema. Jika Ab benar-benar mahu hidup bersama Ema lagi, semua ini Ema lakukan untuk kebaikan kita. Biar Ab juga tahu bagaimana rasa hidup selepas bernikah”

Bagaimanapun, tindakan lelaki ini ditentang oleh netizen dan menyarankan agar dia tidak mengikut kehendak ‘gila’ bekas isterinya itu.

“Allah Maha Adil bang, biarkan bekas isteri abang ini pergi jika itu yang dia inginkan. Berusahalah untuk mencari wang agar dia menyesal di kemudian hari. Bukannya dengan menyakiti diri sendiri. Jodoh dan rezeki serta maut itu di tangan tuhan,” kata netien.

“Buah pinggang kau bukan milik kau. Kau tak ada hak ke atas itu. Itu milik Allah. Menjual organ badan itu bukanlah jalan penyelesaian. Bahkan jika kau menjualnya, masalah yang baru pula akan muncul. Allah berikan kita kesihatan yang baik agar kita boleh berusaha lebih lagi. Jangan termakan hasutan syaitan dan berputus asa,” tambah netizen lain.

Tetapi Muksal pula membalas, “Kata orang, hidup ini perlu ada pengorbanan jika kita tulus mencintai seseorang.”

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – Berita Kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *