Semasa

Empat Sekeluarga Ditemui Dalam Keadaan Kurus Kering, Dipercayai Matiy Akibat KebuIuran

Kematian empat sekeluarga yang jasadnya ‘mengering’ di Perum Citra Garden Extension I, Kalideres di Jakarta Barat dipercayai akibat kebuluran menjadi misteri.

 

“Hasil pemeriksaan forensik, perut (setiap mangsa) kosong, tidak ada makanan dan dehidrasi (kekurangan air), jadi otot mereka mengering, jadi kecil.

Ia dipercayai kemungkinan kekurangan nutrisi, makanan. Diduga ya,” kata Ketua Polis Jakarta Barat AKP Taufik Ikhsan pada Jumaat.

Adik kepada mangsa Margaretha, Ris Astuti, 64, mempersoalkan kematian mereka akibat kebuluran kerana kakaknya itu boleh menghubunginya jika memang tiada makanan.

“Aneh, saya juga bingung. Kalau dia (kakak) lapar, tidak ada makanan, atau kurang buat makan, boleh hubungi saya,” kata Ris ketika ditemui di Mapolsek Kalideres, pada Sabtu.

Ris berkata, kakaknya itu juga tidaklah termasuk dalam kategori orang susah dan mengakui terkejut dengan kematian kakaknya bersama suami, anak dan ipar.

“Biasa saja (dari segi tahap ekonomi keluarga mangsa), tiada keluhan atau sebagainya. Istilahnya, standard (dari segi ekonomi keluarga),” katanya.

“(Kakak) dulu jual kuih, suaminya bekerja di pejabat. Kerja di pejabat. Tapi itu dulu, kebelakangan ini kita tak tahu kerana tidak berhubung,” kata Ris lagi.

Menurut Ris, kakaknya tidak pernah meminta bantuan apa pun kepadanya dan tidak mengetahui sekiranya keluarga kakaknya terbeban masalah hutang sehingga mengalami masalah kewangan untuk mendapatkan makanan.

“Tidak (meminta bantuan), malah dia (kakak) yang sering membantu. Makanan, pakaian,” katanya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *