Semasa

Dibawa Kepala Air, saksi kongsi cerita. Wanita kata tak boleh pegang tangan ketika abang askar cuba..

Walaupun sesuatu perkara itu mungkin kelihatan mustahil untuk dilakukan, tetapi jika dilakukan bersama pasti ada jalannya.

RAKAMAN VIDEO KEJADIAN KLICK DI BAWAH SEKALI

Begitulah apa yang dapat dilihat dalam satu video tular di laman TikTok, memaparkan sekumpulan lelaki berganding bahu meredah arus deras demi menyelamatkan seorang wanita terperangkap dalam kejadian kepala air, Ahad lalu.

“Abang-abang Triton (kumpulan peminat kereta pacuan empat roda) itu satu group dengan saya, kami pergi trip sekali ke sini.

“Yang mula-mula lompat masuk tanpa berfikir dua kali ialah Abang Epol iaitu anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan diikuti kawan dia yang lain.

“Dia sudah biasa dengan air ini semua jadi dia tak takut. Dia duduk depan dan yang lain pegang tangan dia untuk support,” kata Zieya.

Zieya berkata, cara sepatutnya yang lebih selamat adalah dengan menggunakan tali yang dicampak kepada mangsa dan menariknya ke tepi.

Disebabkan situasi ketika itu boleh dikatakan ibarat ‘setiap saat boleh membezakan di antara hidup dan mati’, mereka tidak berlengah dan terus terjun ke dalam sungai.

“Waktu itu panik dan keadaan mendesak. Mereka tak fikir apa dan terus tolong. Mereka pegang tangan dan sama-sama masuk ke dalam sungai.

“Sebenarnya ada tali kalau kami nak cari tetapi waktu itu kelam kabut. Kami cuma fikir macam mana nak selamatkan perempuan itu.

“Ada dalam lima orang yang masuk ke dalam sungai. Misi berani mati. Ini macam memori untuk mereka,” ujar Zieya.

Zieya juga sempat berkongsikan kisah lucu ketika cubaan hendak menyelamatkan wanita yang nyaris lemas dibawa arus tersebut.

“Ketika Abang Epol hulurkan tangan kepada akak tu untuk tarik dia keluar, dia cakap tak boleh sebab haram (bukan mahram).

“Abang Epol paksa dia suruh sambut tangan juga sebab arus tengah deras, lagi lama lagi bahaya. Ini sedang darurat bah.

“Bila dah sampai ke tepi, nampak dia macam bersyukur dan pada masa yang sama macam marah sebab diselamatkan,” kata Zieya.

Zieya sempat memberikan nasihat agar sesiapa yang hendak mandi manda di sungai supaya lebih peka dengan cuaca terutamanya ketika musim monsun di penghujung tahun.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO : SILA KLIK DI SINI

Sumber – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *