Semasa

“Dia Terlalu Buta Nak Bercinta, Mustahil Boleh Jadi Mak Tiri Haura..” Tunang Che Hafiz Kena Bidas

Nampaknya konflik antara Lufya Omar, bekas suaminya, Dr Che Hafiz dan pelakon, Julia Farhana masih belum ada kesudahannya lagi.

“Sensitif isu ini… Kenapa ayah (Hafiz) itu minta kekasih dia ke depan? Saya rasa awak tak perlu masuk campur urusan nafkah anak.

Tak perlu cakap nak suruh Hafiz ambil Haura pada hujung minggu. Itu memang tanggungjawab dia! Saya block awak sebab awak tak ikhlas.

“Sebab mula-mula mesej awak cakap nak tolong nasihatkan Hafiz. Kemudian kedua awak cakap itu bukan tanggungjawab awak untuk nasihat Hafiz.

Jadi pada awalnya, kenapa awak mesej saya panjang seperti 360 muka surat. Kemudian, awak ada cakap nak chip in.

“Saya tak perlu duit awak sayang, hanya perlu tanggungjawab dan kasih sayang daripada teman lelaki awak.  Bukan nak berlagak tapi saya yang minta cerai. Kesabaran saya sudah tipis,” katanya.

Memetik mStar Online, Julia berkata dia terpaksa membuat laporan polis dipercayai terhadap Lufya bagi mempertahankan dirinya.

“Kenapa bila dah dekat tarikh perkahwinan baru terjadi semua ini? Saya buat laporan polis kerana sahabat dan rakan kongsi perniagaan saya diganggu dengan gambar-gambar saya di tempat awam berserta pelbagai fitnah.

“Fitnah besar (berbukti) bahawa saya melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang. Itu tujuan laporan polis dibuat,” katanya.

Julia berkata, dia pernah cuba untuk berbincang dengan Lufya namun perbincangan itu tidak berakhir dengan baik sehinggakan dia difitnah dengan tuduhan tidak berasas.

“Berkali-kali bakal suami nasihatkan supaya jangan berhubung dengannya. Saya degil. Saya respon sebab apa? Sebab nak hormati dia dan buka peluang untuknya berbincang dengan saya sekiranya diperlukan.

“Lagipun saya tiada masalah kalau nak berbincang, bagaimanapun saya dihina. Tunang saya terima fitnah dan hinaan tentang saya. Namun saya masih kata tidak mengapa. Mungkin dia salah faham. Sekarang, secara umum?,” katanya.

Dalam posting tersebut, Julia berkata menerima kisah masa lalu bakal suaminya dan niatnya hanya mahu berbaik dengan Lufya namun tidak sangka dibalas sebegini.

Lufya dan Hafiz berkahwin pada 26 November 2016 namun berpisah pada 17 Jun 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata Laana Haura kini berusia lima tahun.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *