Semasa

“Kau Tu Haji Lah, B*doh..” Netizen Mula Naik Menyampah Dgn Sikap Nabil Ahmad

Semalam berlangsungnya konsert minggu kelapan Gegar Vaganza musim kesembilan menampilkan penyanyi terkenal Indonesia, Raisa sebagai juri jemputan.

Namun, ketika konsert berlangsung terjadi perkara yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila pengacara, Nabil Ahmad mengajuk cara penyanyi Indonesia itu memberikan komen menggunakan bahasa Inggeris.

Susulan tindakan Nabil itu, rata-rata netizen di laman Twitter meluahkan rasa tidak puas hati terhadap gurauan Nabil yang didakwa melampau.

Malah, ada netizen meminta Nabil supaya lebih berhati-hati serta tidak mengajuk cara juri dalam memberikan komen kepada peserta.

Ada di kalangan netizen mula memberikan kata-kata kesat dan kecewa dengan sikap tidak profesional Nabil Ahmad.

Dalam pada itu, ada juga netizen berpendapat situasi itu berlaku dimana-mana sahaja sedangkan ianya bukan satu kesalahan untuk memberi komen dalam bahasa Inggeris.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – RK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *