Semasa

“Saya Suruh Dia Masuk Teentera..” Baru sahaja kehilangan lsteri, kini anak sulung pula menyusul pergi selamanya dalam kemalangan

Melaka: Impian seorang remaja untuk menyertai angkatan tentera tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Pantai Puteri, pagi tadi.

Sham Abdul, 44, berkata, dia amat berharap anak sulungnya Khairul Nizam, 18, yang juga lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat menyertai perkhidmatan tentera demi menjamin masa depan.

Katanya, dia hanya mengetahui anaknya terbabit kemalangan selepas dihubungi sepupu arwah yang mengikut arwah ke tempat kejadian.

“Walaupun tinggal berasingan setiap hari arwah akan datang ke rumah untuk bertemu saya dan adik-beradik lain. Namun, semalam dia tidak naik ke rumah dan hanya singgah di rumah neneknya.

“Saya hanya dengar suaranya saja tapi adik lelakinya perasan arwah sedikit berubah menjadi pendiam sebelum kejadian,” katanya.

Jenazah anaknya yang dibawa keluar jam 6 petang tadi disemadikan bersebelahan pusara isterinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Perai.

Terdahulu, media melaporkan Khairul Nizam dan seorang lagi mangsa, Muhammad Amirul Hadi Norizan, 15, maut selepas motosikal ditunggangi mereka bertembung antara satu sama lain dalam kejadian di Pantai Puteri, di sini, jam 4.18 pagi.

Sementara itu, bapa Muhammad Amirul Hadi, Norizan Abd Ghani, 51, berkata, dia tidak menyangka perbualan panjang mereka pagi kelmarin menjadi kenangan terakhir bersama anak ketiga daripada lima beradik itu.

“Pagi kelmarin (Jumaat) kami bersembang lama dari jam 2 pagi hingga 4 pagi sambil duduk di kerusi di luar rumah, sebelum ini tidak pernah begitu.

“Kami sembang biasa saja dan arwah juga membantu angkat barangan untuk jualan di gerai. Tak sangka ia perbualan terakhir kami,” katanya.

Peniaga gerai makanan itu berkata, kebiasaannya dia akan menelefon anaknya jika pulang lewat selepas keluar bersama rakan-rakan pada hujung minggu.

“Saya tidak perasan bila arwah keluar kerana sekitar jam 8 malam dia masih ada di rumah bersama adik-beradiknya.

“Saya hanya tersedar kira-kira jam 4 pagi tadi apabila rakan-rakannya telefon menyatakan arwah kemalangan. Saya bergegas ke tempat kejadian, namun mayat sudah dibawa ke HM,” katanya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *